Pertahankan Hak Sendiri

Pertahankan hak sendiri! Apa hak yang kita ada? Hak untuk hidup? Hak untuk belajar?

Sebelum kita pergi kepada hak-hak yang besar di dalam hidup, kita mesti tahu mempertahankan benda-benda yang simple dahulu. Ini adalah hak seorang kanak-kanak yang berada di dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawannya :)

Sesiapa yang mengenali Adam akan tahu bahawa Adam ini sangat mengikut peraturan, tidak berani melawan. Setakat ini, jika mama kata hitam, hitamlah. Jika putih, maka putihlah. Memang mudah juga menjaga anak yang mendengar kata begini. Ramai yang mengatakan mudah. Ye, mudah dalam banyak segi, namun ada dugaan yang lain. Setiap insan ada part yang rezeki lebih, dan ada part yang rezekinya kurang. Bersyukurlah!

Berbalik kepada topik di atas. Mama bukannya hendak mengajar Adam untuk berlawan. Cuma, pertahankan hak kita. Jika itu mainan Adam, terpulang jika Adam nak share dengan sesiapa. Adam memang generous enough to share. Namun, jika permainan kita diambil secara paksa? Lawan! Ambil balik! Bukan hanya tengok. 

Kasihan juga kadang-kadang tengok Adam macam dibuli. Hahahha... dibuli dalam diam oleh kawan-kawan. " Pinjam boleh? ". " OK, tapi lepas tu bagi balik. Adam nak main ". Berlalu seharian. Dipulangkan selepas kehabisan bateri. Apakah? Sebab nak suruh charge la kan. Lepas charge, pinjam lagi. Berterusan. 

Atau pun, sedang mengaler. Tiba-tiba colour Adam dirampas. Ambil balik! Mama memang tidak akan masuk campur, tapi kalau kita boleh respect hak orang, please! We deserved it too.

Mama tidak mahu anak mama berkelakuan negatif. Cuma, jika Adam tidak suka sesuatu itu, mama harap Adam boleh pergi beritahu kepada mereka. " Awak ambil barang saya. Boleh pulangkan? ". Dan ambil balik. Hahaha. Kalau mereka tak bagi, gunakan suara. " Cikgu!!!!!! Dia ambik saya punya kaler! ". Hahahah... - yang ini mama suka! 

Tak tahu lah. So far, mama lebih suka memerhati. Cuma, janganlah keterlaluan. Tidak ramai pun kanak-kanak yang suka mengambil kesempatan ni. Hanya 2-3 orang. Namun...

Alhamdulillah, Adam sangat ceria budaknya. Ke sekolah setiap hari dengan bekalan untuk dikongsi bersama. Even budak yang paling kedekut pun boleh share makanan dia dengan Adam. Mana mama tahu budak tu kedekut? Sebab, orang lain dia tak kasi pun. Adam tak akan minta hak orang. Tapi budak tu datang tanya jika Adam mahu. Jawapan Adam " Nak! ". Hihihi. Sebab rela berkongsi? Adam sentiasa berkongsi makanan dengan kawan-kawan. Dia offer pada semua. Sebab tu la kena bawa banyak ke school.

Tapi, mama memang boleh kesan jika perasaan Adam terusik di school. Cerianya sedikit lain. Alasan yang biasa, " Si XXX kacau. Adam nak kaler, dia ambik kaler Adam. Tak kasi balik ". Itulah sahaja. Cuma tak baiklah. Stationary Adam memang cukup. Pinjamlah jika nak pinjam. Jangan dirampas. Sebab itu mama kasi stationary Adam cukup, makanan cukup. Untuk dikongsi. Namun, biarlah Adam tahu semua itu hak dia. Minta dengan baik. 

Kalau ada tips yang baik, boleh lah share. 

No comments:

Post a Comment