Pengalaman Berpuasa 2012

Puasa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Adam dapat berpuasa penuh? Tidak. Tidak walau satu hari. Pencapaian terbaik adalah sehingga 4.30 petang. 

Adam memang sangat teruja untuk berpuasa. Bangun sahur dan makan. Cuma, mungkin pengalaman pertama, perut Adam terkejut. Lepas kejadian Adam muntah-muntah kerana berpuasa; masuk angin mungkin, Adam dipaksa untuk berbuka puasa setiap hari. Kiranya, Adam berpuasa separuh hari sahaja.

Untuk budak yang baru mencecah 4 tahun pada bulan lepas, mama kira ini satu pencapaian yang agak baik. Walaupun nangis-nangis dipaksa lunch, mama kira itu adalah yang terbaik buat masa ini. Kasihan pada perut Adam.

Namun, harapan mama biarlah semangat nak berpuasa Adam kekal kuat. Maybe next year Adam boleh berpuasa lagi. Dapat beberapa hari yang berpuasa penuh juga bagus. Paling tidak, tetap berpuasa setengah hari.

Untuk tahun 2012 ini, mama berbangga dengan semangat yang Adam tunjukkan. 

4 comments:

  1. baru2 bertatih dulu lama2 dh biasa pasti ok kan adam...hihi

    ReplyDelete
  2. tahniah adam...tahun dpn masuk tadika leh posa penuh...kagum auntie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau adam mampu, apa salahnya anti :)

      Delete