Pemberian Duit Raya




Sudah menjadi adat atau tradisi untuk menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak semasa berhari raya. Namun niat sebenarnya adalah bersedekah kepada kanak-kanak, dan juga orang tua. Ye, selain kanak-kanak, orang tua ( bukan orang dewasa ) turut menerima habuan duit raya. Nilainya, terpulang kepada keikhlasan dan kemampuan si pemberi. 

Walaupun sedekahnya dihulurkan pada bulan Syawal, harap-harap pahalanya sipi-sipi pahala Ramadhan. Walaupun sebenarnya, ganjaran Ramadhan jauh lebih baik.

Duit baru atau duit lama, juga tidak menjadi masalah. Cuma, pastilah ibubapa teruja nak mendapatkan duit kertas yang baru dikeluarkan. Seronok! Apalagi duit RM20 yang jarang-jarang dijumpai :)

Adam mula excited menerima duit raya pada tahun ini. Tahun lepas, Adam belum faham lagi. Kanak-kanak lain beratur untuk duit raya, Adam tidak. Tahun ini, meriah la sebab Adam pun excited mengira duit raya. 

Ada juga orang yang berkata, " Jangan beraya kerana duit raya. Tak ikhlas ". Orang dewasa fahamlah semangat raya. Untuk menguatkan ikatan silaturrahim dengan kunjung-mengunjungi. Namun bagi kanak-kanak? Mereka belum faham. Jadi, pemberian duit raya adalah sedikit kegembiraan bagi mereka. Cuma sebagai ibubapa, kita bagitahu lah sedikit sebanyak tentang raya. Selainnya, biarkan mereka enjoy dengan childhood masing-masing.

Seperti biasa, mama lah yang jadi pemegang amanah duit raya. Setiap sampul yang diterima, Adam akan segera menghulurkan kepada mama. Insya Allah boleh menjadi bekalan untuk Adam suatu hari nanti. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Semoga apabila mama telah tiada nanti, manfaat dari menabung dapat Adam nikmati. Ameen.

4 comments:

  1. salam aidil fitri ke3 MA..pandai adam ..beri duit raya kat mama dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut hilang kot...
      salam aidilfitri mama

      Delete
  2. tanpa duit raya memang tak meriah raya nie kan? Baguslah Adam enjoy dengan nikmat mendapat duit raya.hehe

    ReplyDelete
  3. Betul.apalah ertinya raya kalo x dpt duit raya kan?

    ReplyDelete