Kenangan Di Malam Raya 1433 Hijrah


Adam ditinggalkan seorang tanpa geng-gengnya. Sunyi dan kasihan jugalah. Nasib baiklah ada uncle dan anti yang sporting untuk menemani Adam bermain bunga api.

First time Adam main bunga api ni. Last year, kami main bunga api bawang aka mercun pop pop. Itu sahaja lah untuk dimain.


Suasana di sekeliling rumah sangat bising. Dek kerana jiran di depan dan belakang sibuk memasang bunga api yang seumpama new year tu. Terang benderang dan gegak gempita lah langit.

Sementara itu, Adam ditemani uncle dan anti sibuk bermain bunga api.  Steady sahaja dua beradik tu main dengan Adam. Tapi, tergugat juga lah kot dengan suasana bising jiran-jiran. 

Kemudian, uncle keluarkan satu bunga api yang seumpama mercun. Tiada lah bunyi bang boom bang tu. Cuma ada percikan api yang banyak sedikit. Nampak anak mama. Asal nampak yang pelik sedikit, dia akan melarikan dirinya terlebih dahulu. Takut kot-kot bahaya! Baik selamatkan diri dulu.

Sandal pun tercabut :)


Agak jauh Adam melarikan diri sebelum berpusing untuk melihat apa yang berlaku.


Rupa-rupanya, hanyalah bunga api juga. Bukanlah mercun. Fuhhh...

No comments:

Post a Comment