Kehamilan Yang Hampir Gugur Atau Threatened Misscarriage

Bagi pasangan yang telah berumahtangga, kehamilan sangat-sangat dinantikan. Apatah lagi kehamilan pertama. 

Saat pertama pregnancy kits menunjukkan dua line adalah terlalu indah. Apatah lagi apabila melihat dan mendengar degupan jantung baby semasa perut di scan. Belum masuk lagi scan 3D atau 4D yang membolehkan kita melihat baby mirip kepada mama atau papa.

Namun, disebalik semua semua kegembiraan, terselit juga sedikit kebimbangan : kemungkinan berlaku keguguran. Biasanya kebimbangan ini dialami pada trimester pertama. Selepas itu, lega sedikit.

Pada awal kehamilan, ada wanita yang mengalami 'threatened miscarriage' - satu keadaan yang meletakkan kandungan sebagai berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?
Ia adalah Pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu yang berlaku pada wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:
  • Merah pekat
  • Merah cair
  • Coklat
  • Kadang-kadang sangat sedikit
  • Kadang-kadang berketul darah
  • Sakit belakang
  • Sakit pada ari-ari

Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:
  • Jangkitan kuman pada faraj
  • Polip pada pangkal rahim
  • Hamil di luar rahim
  • Cancer pangkal rahim

Bagaimana diagnosa dibuat?

Jumpa doktor dengan segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.
Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:
  1. Tunggu dan lihat: Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakkan aktiviti seks pada masa ini.
  2. Kurangkan aktiviti yang lasak: Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.
  3. Ubat Progesterone: Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.
  4. Tenangkan fikiran: Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.
Sumber : sini

2 comments:

  1. mama....bole ajar x cmne nak buat box comment yg kiut kat atas tu? please....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh2, nnti ye. Mama bz mkn kuih raya ni :)

      Delete