Imam Muda

Di pagi hari raya. Pagi-pagi hari, temanya hitam dan kuning. Ada gaya jadi imam muda?

Dah jadi macam photolog pulak. Bergambar sambil menanti sanak saudara semua bersiap untuk menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri. Ini juga merupakan kali pertama anak mama mengikut kami ke masjid pada pagi raya. Walaupun suasana di masjid agak sesak hingga ke tempat parking motor, namun mama rasa sangat gembira. Biarlah bersesak-sesak berhimpit sekejap, janji dapat juga menunaikan solat bersama keluarga.

Harapan mama, tahun hadapan kita boleh bersama-sama ke masjid lagi. Yeay!!!

Adam yang seawal jam 6 pagi sudah siap mandi sedang menunggu...


Sempat juga lah bergambar bagi memenuhi masa terluang.





2 comments: