Heat Rashes

Kami telah selamat berada di kampung. Seperti biasa, suhu di sini amatlah panas berbanding KL. Seperti biasalah, heat rashes akan muncul di muka, tangan dan bahagian atas badan Adam. 


Ya Allah, munculnya pada sehari sebelum raya! Adakah ini akan mengurangkan ke-handsome-man anak mama di pagi raya? Entah. Yang pasti, mama dan papa bergegas ke farmasi mencari moogoo. Tertinggal. 

Besarlah harapan agar esok Adam kembali handsome seperti biasa.

Rashes ini bukan sahaja akan mengurangkan ke-handsome-man Adam, ia juga mengakibatkan kegatalan yang melampau. Berjam-jam lah kerja menggosok si kecil. Keadaan gatal ini menyebabkan Adam sukar tidur.


Selain daripada di badan, ia juga memenuhi muka. Terdapat di atas dahi, bawah mata, kelopak mata, dagu dan pipi. Pendek kata, tiada bahagian yang tertinggal.

Di celah siku juga keadaannya agak kritikal. Muncul bintik-bintik kasar. Sudah lama Adam tidak mengalami perkara sebegini. Moga esok hilang lah kesannya :)

No comments:

Post a Comment