Doa Yang Paling Mudah Untuk Anak


Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh Adam bin ....

Seorang ibu sering memberikan salam kepada anaknya. Bukan sekali, malah berkali-kali. Juga memberikan nasihat yang panjang lebar kepada anaknya itu. Mama kagum sebenarnya. Tapi tidak terfikir pula disebalik ucapan salam yang diberikan. Ibu dan bapa budak itu memberikan salam. Bayangkan berapa banyak doa yang anak itu dapat setiap hari? Untungnya.

Memberikan salam itu adalah satu doa. Doa yang paling mudah untuk diamalkan. 

Hayati maknanya :

ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Petikan hadis  dari blog ustazah Siti Khadijah yang berbunyi:

“Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” –Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi. Kredit blog Tim Hadith Psikologi Nabi

Sumber : sini.

12 comments:

  1. bagus perkongsian ini.waktu kecil dulu setiap kali aiman bangun tido sy mesti ucapkan salam.bila dh beso nie asik jerit suruh bgun n cpt mandi n siap kesekolah.klu tak dia asik mengeliat je atas katil.hehe pasni kena amalkan semula ucapan salam tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang buat. Insya allah nk amalkan lepas ni. Mudah sgt pun....
      Kita doakan yang terbaik aje

      Delete
  2. betul juga , tk pernah terfikir pun ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Saya pun tak terfikir. Padahal, mudah sangat. Tak perlu nk menghafal ke, apa ke.

      Delete
  3. Replies
    1. Valuable info kn? Thnx utk source yg i copy ;)

      Delete
  4. a'aa betoi tu... sy ada gak amalkan dr baby dlm kandungan lagi.. sy bangun tidur, bg salam tp ada gak kdg2 terlupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh... ina lagi bagus. start dari dalam kandungan! tips bagus ni...

      Delete
  5. perkongsian yg bermanfaat...TQ

    ReplyDelete
  6. Bgus ni...sy ada amalkan mcm ni, tp xtau fadhilatnya..thanks.. Nati leh amalkan utk bayi kedua ni lak..ajr dr awl lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus aisy dah memang amalkan. saya sedang cuba. kadang-kadang terlupa juga!

      Delete