Beraya Di Kampung

Lebaran tahun ini membuktikan Adam semakin besar. Semakin meningkat umurnya. Ada banyak pengalaman baru yang dikutip. Al-maklumlah, budak dah 4 tahun!

Interaksi dengan rakan sebaya selama lebih kurang seminggu di kampung membantu mematangkan Adam. Aktiviti seharian hanya dipenuhi dengan bermain. Main psp, main komputer game, main ps3, main hp, main bunga api, melompat sana sini dan sebagainya. Erk... tahun ini tak sempat buat aktiviti melawat ke pantai. Huuuu...

Tahun ini juga merupakan kali pertama Adam ikut ke masjid untuk sembahyang sunat aidilfitri. Agak sesak, al-maklum sahaja lah dipenuhi dengan segala macam orang yang balik ke kampung, tak tahulah jika Adam serik :) Harapnya, tahun depan dapat ke masjid lagi.

Adam juga telah pandai mengutip duit raya. Adam dah pandai beratur semasa duit raya diagihkan. Dulunya, payah juga. Jika ada attraction lain, Adam tak layan duit raya. Terjangkit dengan cousin-cousin yang berlari beratur semasa agihan duit raya, maka dengan rasminya duit raya menjadi main attraction. 

Selain pengalaman berkenaan raya, cuti kali ini Adam ada satu pengalaman yang agak menarik : mengejar ayam. Kasihan ayam jiran. Minta maaf pakcik. Anak saya tidak biasa melihat ayam hidup :) Adam kejar ayam tu bersama dua orang cousin. Memanglah tidak dapat ditangkap ayam itu, namun yang pasti budak-budak itu happy. Riuh rendah Adam bercerita bahawa dia seronok mengejar ayam. " Seronok mama. Seronok Adam kejar ayam ". Hihihi... mana nak dapat pengalaman macam ni. Mama pun tak pernah kejar ayam.

Selalu dalam entry mama, ada mama suarakan kebimbangan jika Adam tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya. Memang Adam biasa berkawan di sekolah. Maksud mama adalah orang yang pertama kali jumpa. Sama ada Adam akan tertunduk malu, atau boleh terus berkawan. Kerisauan mama hilang menyaksikan Adam boleh terus berkawan dan bermain dengan anak-anak tetamu yang datang berkunjung. Barang permainan juga dikongsi bersama. Syukur, kerana Adam pandai bergaul.

Raya tahun ini sangat best!


10 comments:

  1. Bagusnya Adam :D
    Mesti banyak duit raya ni. hee ^_^

    ReplyDelete
  2. mesti banyak duit raya Adam..adam dah jadi sgt friendly n pandai bergaul.mama je risau lebih.hehe

    Selamat hari raya buat mama adam sekeluarga..:)

    ReplyDelete
  3. hohoho.kayalah adam.taun depan round satu kampung kutip wit raya ea.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Tahun depan raya ngan uncle ;)

      Delete
  4. Wahhh!Adam dah terer!!bravo!bravo....:)

    ReplyDelete
  5. Akhirnya! Raya lebih meriah bila anak dah pandai enjoy sambut raya :)

    ReplyDelete
  6. wah mesti adam dpt banyak duit raya...selamat hari raya :)

    ReplyDelete