Aktiviti Penolakan Matematik

Mood raya masih bersisa. Biasalah raya kan sebulan. Malam-malam sibuk makan kuih raya. Sedap ok kuihnya. Anti yang buat. Kalo teringin, len kali boleh order. Hihihi. Sempat lagi!

Aktiviti tambah yang simple, Adam dah fluent. So, sambil-sambil menempuh jem di jalan, mama main permainan teka-teki dengan Adam. Informally nak perkenalkan aktiviti tolak kepada Adam, walaupun simbol tolak pun Adam belum tahu lagi.

Permainannya senang sahaja. " Adam ada tiga gula-gula. Mama makan satu, berapa tinggal? ". " Dua ". Hihihi. Simple kan. Lepas beberapa kali, mama upgrade sikit levelnya. " Adam ada 3 choc. Papa bagi lagi 1. Lepas tu, mama makan 2. Tinggal berapa? ". " 2 ". Simple di bawah 10.

Nak bagi lagi seronok, bagi contoh game. Wow! Beriya-iya Adam mendengar soalan ala-ala panjang sikit. Tambah tambah, tolak tolak, berapa balance? Hihihi. Macam seronok pulak mama Adam ni. Sebab? Adam tak sedar pun kot dia tengah study :)

Lagi satu contoh. " Mama ada RM10. Mama beli nasi. Bayar RM4. Berapa tinggal? ". " RM6 ". Yang hairannya, Adam sibuk mencari dalam kereta. " Mana nasinya? ". " Laaa... dah makan la lunch tadi ". " Lain kali, simpan la. Beli apa-apa, kita makan la sama-sama ". Erkkk??? Maksudnya, bukan sekadar belajar la ni. Kena ada habuankah? Hahaha.

Maklumlah dah lama Adam tak study. Dua bulan kot ;) So, activity informal macam ni boleh la dikira sebagai warming up mood Adam.

6 comments:

  1. indirect study..bgus2x..mcm kakak ayut bt ltak kat tpon je game2x..smbil men leh blaja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada beli game jugak utk adam. beli tahun lepas. lom bagi adam main pun, sbb malas nk berebut laptop :)

      Delete
  2. xtvt camgini pun bagus kan... guna coklat.. :-)

    ReplyDelete
  3. Bagus.....dah lama x buat kat my daughter

    ReplyDelete