15 Cara Ajar Anak Berbudi Bahasa

Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maksudnya, jika ingin mengajar anak melakukan sesuatu, ajarlah sejak dari kecil lagi. Samalah juga dalam mengajar anak untuk berbudi bahasa.

Tips mendidik anak berbudi bahasa ini datangnya dari sini.

1. Erti Rasa Hormat
Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak. Dengan sendirinya anak akan tahu apa yang elok dilakukan dan apa yang tidak baik. 
2. Berkongsi Permainan
Ajar anak untuk berkongsi permainannya. Ceritakan padanya bahawa Allah sayang kepada orang yang suka berkongsi. Pujilah anak jika dia rela berkongsi permainannya dengan rakan.
3. Praktik Perkataan Kesopanan
Amalkan mengucapkan perkataan terima kasih dalam kehidupan seharian.
4. Ucapan Meminta Maaf
Ajar anak untuk meminta maaf sekiranya dia telah melakukan kesalahan. Pujilah anak yang berani meminta maaf dan sedar akan kesilapannya.
5. Memberi Pujian
Pujilah anak apabila dia melakukan sesuatu dengan betul. Sesungguhnya, pujian ibarat kata azimat yang akan memotivasikan anak untuk meneruskan perlakuan baiknya.
6. Menjadi Model Mengajar Tatatertib Kepada Anak
Jangan jadi ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan tegak. Tunjukkan perilaku yang baik supaya boleh dijadikan model kepada anak.
7. Mengungkapkan Penggunaan Ayat Yang Betul
Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.
8. Minta Kebenaran
Ajar anak untuk meminta kebenaran sebelum mengambil kepunyaan orang lain. Minta kebenaran anak jika ingin mengambil haknya. Dengan demikian, anak akan faham konsep kepunyaan dan hak.
9. Lakukan Kerja Rumah
Latih anak untuk melakukan kerja rumah bersama. Contohnya, latih anak untuk sentiasa mengemas kembali peralatan dan permainannya setelah selesai digunakan.
10. Berlatih Untuk Duduk Diam Di Meja Makan
Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.
11. Gunakan Perkataan ‘Tolong’
Sentiasa menggunakan perkataan 'tolong' jika inginkan anak membantu membuat sesuatu.
12. Komen
Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”
13. Duduk Di Meja Dengan Kedudukan Yang Sopan
Ajar anak untuk duduk dengan tertib di meja makan.
14. Suara
Ajar anak nada suara yang betul pada tempat yang betul : di mana boleh bersuara kuat dan di mana untuk bersuara perlahan.
15. Salam
Ajar anak untuk bersalaman dengan mereka yang lebih dewasa. Ini akan melahirkan rasa hormat kepada orang tua di dalam diri anak itu.

2 comments:

  1. semoga adam menjadi anak yg berbudi bahasa.sy pernah share juga tentang ni di blog..:)

    ReplyDelete