Writing Skill Adam



Alhamdulillah, Adam telah pandai menulis. Sikit-sikit kelemahan tu, kita akan perbetulkan dari semasa ke semasa. 

Menulis abjad, syukur. Mama boleh katakan Adam telah lulus. Cuma, kalau menulis huruf "d", "p", "b" tu, kecil sangat kepalanya. Kelakar pun ada. Namun, agaknya, sebab jarang menulis nombor, nombor yang Adam tulis agak kaku. Nombor 5 kelihatan seperti "S" yang sedikit tergeliat. Tulisan Adam masih lagi senget. 


Haaaa... masa sekolah dulu, mama ada buku untuk handwriting. Buku yang ada empat garisan tu. Gunanya untuk melatih menulis. Senang nak bajet, ikut saja garisan yang ada. Nampaknya, nak kena spend masa kat bookstore la ni. Nak cari. 

Namun untuk usia Adam, mama dah cukup bersyukur. Alhamdulillah, Adam can write. Selalunya, weekend Adam tak akan sentuh pencil. Namun, weekend ni dipenuhi dengan Adam menulis free writing. Dah besar ok. 4 years old. Adam menulis tanpa mama di sisi. Cuma sibuk mencari mama untuk minta membunyikan apa perkataan yang tercipta hasil tulisannya itu. Kelakar pun ada. Sebab, entah apa-apa perkataan yang akan tercipta, sampai susah nak menyebutnya. Hihihihi... layankan aje. Adam sampai tergelak-gerak bila keluar perkataan yang pelik-pelik.


Excited. " Kalau Adam tambah 'a' jadi apa? Tambah 'm' jadi apa? Kalau Adam padam 'x' jadi apa ". Wahhh... macam ni la bila dapat anak yang peramah.

Kertas A4 yang mama letakkan di drawer Adam telah pun habis. Bila rajin menulis ni, paper material akan bergerak pantas. Macam mana agaknya orang lain mengajar anak menulis? 

6 comments:

  1. sama kertas A4 juga di berikan untuk anak2 saya menulis , conteng , koyak2 tampal ..

    ReplyDelete
  2. @puanbee tu la bee, memang pakai banyak kertas. Dulu, masa Adam suka mengoyak/menggunting, kadang-kadang saya bagi catalog / majalah lama. Cuma jika nak menggunting ikut garisan etc, baru bagi A4 baru.

    ReplyDelete
  3. assalam..tahniah adam dah pandai menulis..mama teringat masa kecil2 anak mama suka menulis kat dinding..hikk2x..

    ReplyDelete
  4. @mama aini tulis di dinding... hihihi. janganlah. MA pun kecik2 dulu tulis di dinding.

    ReplyDelete
  5. ok la adam dok tulis kat kertas..bukan di dinding..ehehe...

    ReplyDelete
  6. @chii setakat ni, Adam x tulis kat dinding. Xkan dah besar nanti nk tulis kt dinding. hihihi

    ReplyDelete