Tanda-Tanda Hamil

Bagaimana untuk mengetahui diri anda hamil atau tidak? Ini adalah tanda-tanda yang sering dialami. Namun, untuk pengesahan segeralah berjumpa dengan doktor anda :)

Missed period
Ini adalah satu tanda yang sangat obvious. Bagi mereka yang tetap kitaran haidnya, kelewatan period seawal 2 hari sudah membolehkan kita untuk cuba menggunakan pregnancy test kit bagi mengenalpasti sama ada diri hamil atau tidak.

Kerap membuang air kecil
Janin yang sudah terbentuk akan menekan pundi kencing. Ini akan mengakibatkan ibu hamil kerap merasa keinginan untuk buang air kecil.

Kerap berasa lapar

Kencing Kotor
Kebiasaannya, ibu hamil mudah diserang kencing kotor. 

Morning sickness
Sesetengah orang mengalami morning sickness seawal beberapa hari selepas janin terbentuk. Ada juga yang mengalaminya setelah 5 minggu pada trimester pertama. Ada juga yang mengalaminya sepanjang tempoh kehamilan. Segelintir wanita yang bertuah tidak mengalaminya - untungnya!

Suhu badan yang tinggi daripada biasa

Suhu badan akan meningkat lebih tinggi dari suhu asas yang biasa semasa ovulasi. Suhu ini akan berterusan beberapa ketika.

Perubahan warna aurora
Ketidakseimbangan hormon ketika mengandung akan menyebabkan aurora bertukar warna menjadi kehitaman. 

Payu dara sakit dan menegang
Perubahan hormon yang dialami akan menyebabkan payu dara menegang ( seperti didatangi haid ). Namun, sakit ini akan berkurangan setelah badan menjadi imun terhadap perubahan hormon yang dialaminya.

Keletihan
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan akan menyebabkan bakal ibu sering  merasa letih. Ia kerap terjadi di awal kehamilan.

Ibu mengandung nak cuba tak produk Shaklee? Macam-macam ada tau. Dari sebelum mengandung, hinggalah ke selepas berpantang. Seisi keluarga tau boleh pakai produk Shaklee ni. Boleh contact seperti di bawah ye =) 



Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

10 comments:

  1. sy dulu perasan sbb xdtg period :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... itu yang paling obvious kan!

      Delete
  2. Kalo mak peknen,petanda yg plg jelas is mmg missed period la..even 1st day bleh tahu. Hahaha

    ReplyDelete
  3. erm...semoga Allah SWT percepatkan rezeki sy...teringin dh ni :)

    ReplyDelete
  4. err...rasnya mcm lambat je lg chii akan alami simptom2 di atas :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi... Ye lah... Chii kan anak dara. Hahahha. Yg kt atas ni, utk mak dara aje

      Delete
  5. sy dulu takdke selera makan n letih2 je kot.period pun tak amik pusing.smp 3bln pun still tak percaya lg sy dh pregnant.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihii... Kenapa sampai tak percaya? Terkejut eh?

      Delete