Sahur Kali Pertama - Cubaan Untuk Puasa



Sahur kali pertama pada 21 Julai 2012. Mama kejutkan bangun sahur pukul 5.00 pagi. Sebab sudah diwar-warkan pasal bangun sahur malam sebelumnya, Adam excited untuk bangun. 

Makan apa? Hihihi... telur separuh masak sahaja. Dengan air milo bancuh. Huuu... sampai nak muntah minum milo bancuh. Selalu minum milo kotak. Tapi, kalau wan yang buat, minum pulak. Dan kami bersahur sambil tengok youtube upin dan ipin bangun sahur. Yeahhh... mereka susah bangun pagi. Hahahha... Adam gelak aje sebab, dia senang bangun. Seronok juga bersahur sambil bergelak ketawa.

Semestinya nak tahu pukul berapa Adam berbuka. Hurmmm pukul 9.00 pagi. Kiranya, tahan la juga 4 jam. Sebab lepas sahur, tak tidur.... Hanya tidur sekejap pukul 2 - 3.30 petang. Tahan mata! Itu pun, mungkin sebab mama yang asyik tanya nak makan ke tak. Memang niat, kalau boleh, nak suruh Adam puasa sampai pukul 11 tengah hari. Konon-konon dapatlah puasa separuh hari. Tapi, sebab tak makan nasi, kesian pulak.

Dah mama asyik tanya nak makan ke tidak, dia jawab nak! So, habislah praktis puasa untuk hari pertama. Esok kita cuba lagi..... 

10 comments:

  1. @YaYaNsMuM a.k.a YM tu la... tgk hari ni, dapat tahan x sampai kul 11 am

    ReplyDelete
  2. hahaha.sebab adam pose x sampi pkul 11, taun ni x dapatwit raya ;-D

    ReplyDelete
  3. hahaha takpe..hari ni boleh cuba lagi sampai setengah hari..janji jangan akak cakap nak makan ke tak..hahaha

    ReplyDelete
  4. @IntaNBerliaN. Cuba2 saja. Xnk paksa. Sbb x wajib pun lagi kan. Takut memudaratkan

    ReplyDelete
  5. heheh..patutla..da ditnya..kalau dibiarkan..mesti leh bertahan sikit :p

    ReplyDelete
  6. @chii risau, sbb dia tak makan nasi sahur tu

    ReplyDelete