Pengenalan Kepada Aktiviti Penambahan Matematik

Mama memang dah lama hendak mengajar Adam mengira. Owh... bukan mengira 123, tapi sebenarnya melakukan aktiviti tambah dan tolak yang mudah. Darab dan bahagi pun, jika mampu diajar, apa salahnya. Nak di ajar abacus, namun, mama yang perlu belajar terlebih dahulu. Jadi akan memakan masa.

Akhirnya, pada Isnin lepas ( kami bercuti kerana menyambut birthday Adam pada paginya ), mama telah memberikan sedikit pengenalan bagaimana hendak melakukan operasi tambah. Niatnya, memang dah ada sejak awal tahun lagi, cuma asyik tertangguh kerana mama tak tahu cara yang mudah untuk explained kepada Adam.

Ye, kadang-kadang mama bercerita " Adam ada satu aiskrim. Mama bagi lagi satu aiskrim. Jadi Adam ada berapa aiskrim? ". Bila cakap-cakap macam ni, Adam faham. Namun, bila tertera di atas kertas macam ni

1 + 1 = 

Terus Adam blur. Tak faham lagi rupanya. Mama pun tak tahu macam mana nak terangkan operasi tambah ni. Hinggalah hujung minggu lepas, mama kasi intro sikit. Macam gambar di bawah. Faham tak?


Bagi setiap nombor yang hendak ditambah, Adam kena buat tanda bulat. Macam 4 + 2 = ?, Adam kena lukis 4 bulat di atas nombor 4 dan lukis 2 bulat di atas nombor 2. Lepas tu, Adam kena kira jumlah semua bulat yang telah dilukis. Err... tak tahu nak explain macam mana.

Tapi, inilah hasilnya. 



Untuk peringkat awal ni ( penambahan 1 - 10 ), bolehlah guna cara ni. Tapi, kalau dah banyak-banyak nombornya, cara ini dah jadi tidak praktikal. Untuk permulaan ni mama akan pakai cara ni supaya Adam faham konsep tambah.

Nak ajar abacus tak tahu, mungkin weekend ni mama akan beli stick - kayu aiskrim untuk Adam guna bagi tujuan mengira. Mama ada jumpa yang cantik-cantik dua minggu lepas. Tak beli kerana rasa macam... macam apa ye? Kayu aiskrim pun nak kena beli? Haaaa... itulah yang mama rasa. Sebab masa kecil dulu, tak beli pun. Kumpul aje.

6 comments:

  1. wah bagusnya teknik ni akak.semoga anak akak cepat pandai mengira.Aamine...

    ReplyDelete
  2. @Solehah Shamsuddin untuk permulaan, memang sesuai. tgh cari cara yang lebih baik utk mengajar Adam ni. tq :)

    ReplyDelete
  3. jadik ibu nih kena kreatif kan.. kalo tak anak cepat bosan.. :)

    salam kenal.. folow kat sini..:)

    ReplyDelete