Operasi Lazim Penambahan


Penat dah melukis bulatan untuk mengira. Kalau nombor-nombor yang kecil, tak apalah. Kalau nombor-nombor yang besar? Lenguh tangan. Habis masa nak membulat aje.


So, mama start ajar Adam guna jari untuk menambah. Masih operasi penambahan 1 - 10, jadi tiadalah adengan mengira jari kaki. Hihihi... harap-harap tak perlu lah sampai mengira jari kaki. Kalau dapat pergi beli ice cream stick lagi baik. Sebenarnya, tak sure lah cara mana sepatutnya mama guna untuk kukuhkan pemahaman Adam, tapi rasanya untuk pre-beginner seperti kami, cara ini nampaknya agak berkesan.

Jika operasi penambahan satu nombor adalah lima ke bawah di tambah dengan nombor yang juga lima ke bawah, maka tiadalah masalah. Ayat berbelit. Maksudnya jika (x<= 5)+(x<= 5) tiadalah masalah. Adam boleh menggunakan sepenuhnya jari-jemari.


Namun, jika nombornya adalah melebihi sebelah tangan, Adam nampaknya masih keliru. Terpaksa import tangan cikgu untuk dikira. Nak buat macam mana,  susah sikit. Hihihi. Ada masa lagi untuk mahirkan diri. Belum sempat lagi nak try nombor 11 - 20. 

Adam masih belum belum melupakan buku ini. Ada request rupanya. " Mama, kalau Adam study banyak, nanti buku ni dah habis, mama beli buku yang space tu ye? ". Ok. No problem. As long as Adam suka :)


Owh ye, juga dah pandai melakukan trick. Trick? Short cut la kot. Selalunya, Adam akan kira / buat setiap soalan. Tapi tadi, mama tengok soalan last ADam tak buat. Bukan untuk pengiraan la kan. Untuk aktiviti matching macam ini. Soalan last Adam match kan dengan jawapan yang masih belum di match kan. Owhh... Siap bangga lagi. 

" Yang last senang aje, Adam tak count pun ". 

Ishhh... kalau dalam exam bahaya ni. Mana la tau ada careless soalan yang atas-atas tu. At least kalau kira semua, boleh double check jawapan. Bijak!

8 comments:

  1. Replies
    1. Hihihi... Part yang ngelat tu mmg cepat je pandai

      Delete
  2. Rajinnyerr la mama adam nie...kagum ym taw!bertuah adam ada mama sebaik mama adam nie, :-) keep it up dear.:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm ym juga. We try our best dear

      Delete
  3. guna jari je paling berkesan , untuk anak bee no 1 tu dulu jenuh ajar , guna kaler , guna pencil , bulat2 tp dia tak faham , sampai ajar guna cari , simpan dalam otak senang pulak dia faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, boleh lah adam guna jari dah ni....

      Delete
  4. pandainya adam nih!! :-)

    dulu ms mula2 belajar, sy pun guna jari.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x ingta dah.... tapi, rasanya dulu2, saya ni malas je nk study! hahaha.

      Delete