Nursery Classroom

Mama ambil kesempatan untuk melihat classroom Adam semasa birthday celebration tempoh hari. Wow! Not bad. Not bad at all. Sangat selesa. 


Iklan sikit : nursery Adam ni menempatkan 50 orang budak dengan 10 orang budak satu kelas. Ye, ada 5 kelas seperti ini. Dan setiap kelas mempunyai ruang seperti ini yang amat luas untuk aktiviti petang. 


Tengok tu, siap ada keropok lagi kat mulut.



Budak-budak ni memang excited nak bergambar. Dan, sebenarnya, masa kami mula-mula sampai, dah dengar dah masing-masing siuk menyanyikan lagu happy birthday, termasuk lah kelas baby. Ini nursery, so, memang ada kelas baby. Starting from 2 months :) Kelas baby adalah di tingkat 1 -- tempat buat majlis birthday hari tu.



Dari segi keluasan dalam nursery dan kebersihan, nursery ini menang. Tak perlu mama compare. Keluasan di luar pula, agak luas : menempatkan satu private pool. Adam dan rakan-rakan ber jogging setiap pagi Jumaat sebelum terus ke swimming lesson. Tapi, tidaklah seluas dua tadika yang mama survey. Hihihi... dua je yang shortlisted untuk mama terjah.

Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu. Namun ramai yang converse menggunakan English. A few boys yang akan approach mama in English kalau mama datang menghantar / mengambil Adam. Actually, mama terdengar they are conversing in English with their parents. So, mama pun speaking juga la dengan budak-budak ni. And, bila Adam dengar, Adam kata " Diorang tu memang selalu cakap English mama ". " Kenapa Adam tak cakap English? ". Smile.

Kenapa mama prefer English medium kindy? Sebab, construct sentence dengan ada vocab in English tak sama. Ada orang sangat tinggi vocab nya. Tapi, tak boleh bercakap. Ada orang vocabnya biasa-biasa saja, tetapi sangat berkeyakinan untuk berbahasa Inggeris. Itu yang mama cari sebenarnya.

Ye lah, kerana sedar yang mama ni banyak kekurangan, maka mama berusaha supaya anak mama tidak mengalami nasib yang sama. Rasanya memang begini dari generasi ke generasi. Generasi selepas adalah lebih baik dari sebelumnya.

Kelas yang sangat selesa... tergugat iman jugak la. Kelemahannya : tidak mengikut sukatan KKM dan tiada uniform. So, tiada feel macam pergi sekolah. Sesuai la dengan status nursery. Tak kan nursery pun kena pakai uniform :)

Setiap pagi, Adam datang dengan memakai pakaian sukan. Ada trainer dari luar yang datang. Siap dengan segala peralatan gimnas. Ada juga english and arabic teacher yang datang. Patutnya, mandarin class. Tapi, teacher tu dah tak available, ganti dengan arabic class. Diorang tak lah datang setiap hari. Ada jadual tertentu.

Owh... kelemahan terbesar, ialah... kids review. Yes, mama tanya setiap minggu perkembangan Adam. Tapi, mama mahukan apa yang telah dijanjikan. Consultant nursery ini adalah seorang pakar kanak-kanak. Sudah dua tahun tiada review diadakan untuk Adam. Sering mama suarakan ketidakpuasan ini. Alasan yang diberikan - sibuk. Dikatakan ada review bulan 8 ni untuk Adam. Owh... setelah hampir tiga tahun? This one, mama kurang boleh tolerate. Yes... mama tahu apa yang Adam boleh lakukan - secara akademik. Coz kita ada macam-macam aktiviti di rumah. Juga Adam sangat rajin bercerita. 

Tapi, mama juga nak tahu bagaimana social skill Adam jika mama tiada. Confident level bagaimana tanpa mama. Itu yang paling penting bagi mama. 

Tapi, admit la... jatuh cinta dengan kelas Adam. Cantik, ceria. Opss... sempat intai buku-buku Adam. Ada empat rasanya buku kerja yang dibeli semasa awal tahun. Sudah bulan 7, separuh buku pun belum sampai. Hihihii.... Tak tahu nak komen. Haaaa... itulah pentingnya kids review. At least, mama tahu apa Adam buat. Setakat lihat buku tu, rasanya anak member dah berbuku-buku dah habis :)



Adam di tempatnya. Hahaha.... dalam ramai-ramai budak dalam kelas ni, cuma Adam dan seorang lagi je yang namanya masih bertahan di meja. Yang lain, dah hilang. 


Share juga gambar classmate Adam. Tengok gambar Adam. Hhaha.... itu aje gambar yang mama ada. Opssss... yang mama cuci. Gambar tu, rasanya masa umur 3 tahun. Hihihihi....



Kalau Adam ada adik, insya Allah mama akan hantar ke sini juga. Tapi, takkan Adam akan tadika di nursery nya. Berat hati sebenarnya nk pindah. Di sinilah mama hantar Adam sejak dia berumur 6 bulan lebih -- 7 bulan kot. 

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum

    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa ya. :)

    ReplyDelete
  2. lamanya ekk adam dekat nursery nie.msti dh serasi dengan jiwa.apa pun cantik class adam.semoga adam terus cemerlang..:)

    selamat menyambut ramadhan buat adam sekeluarga

    ReplyDelete
  3. ramai budak2..cumill...tak penah buat celebrate bufday syawal kat school...

    ReplyDelete
  4. @kakcik terima kasih. selamat menyambut ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. @Puan Kutu lama la jugak la....

    Selamat menyambut ramadhan untuk aiman sekeluarga juga

    ReplyDelete