777

Makanan Yang Harus Dielakkan Ketika Hamil

Perubahan hormon yang berlaku di dalam badan seseorang ibu yang hamil bukan hanya menyebabkan perubahan mood, malah ia juga boleh menurunkan tahap imunisasi badan - menyebabkan susah untuk melawan jangkitan.

Tanpa diet pemakanan yang betul, ibu hamil dan bayinya terdedah kepada risiko. Di bawah ini adalah beberapa perkara asas yang wajib diamalkan oleh ibu hamil :
  1. Makanan sejuk beku disimpan di bawah 5 darjah celcius. Manakala makanan panas mesti dimasak melebihi 60 darjah celcius. Suhu ini akan menghalang pembentukan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
  2. Makanan mentah dan bermasak hendaklah disimpan secara berasingan. Pastikan juga peralatan seperti pisau dan lain-lain dicuci terlebih dahulu. Jangan gunakan untuk kedua-dua jenis makanan tanpa pembersihan peralatan terlebih dahulu.
  3. Jangan defrost makanan beku dengan meninggalkannya terbiar seharian pada suhu bilik. Sebaliknya, biarkan semalaman di dalam peti sejuk atau defrost menggunakan microwave.
  4. Jangan simpan makanan lama-lama. Makan hanya makanan yang dimasak di dalam jangkamasa 12 jam.
  5. Sebelum makan, cuci tangan dengan sabun dan keringkan.


Makanan yang patut dielakkan ketika hamil :

  1. Makanan laut mentah - terutamanya tiram
  2. Daging proses - makanan dalam tin / segera
  3. Self-service salad bar - takut tercemar
  4. Cheese lembut - brie, camembert, fetta, cottage & ricotta
  5. Self service ice-cream & shakes - takut tercemar
  6. Hati - kerana tinggi kandungan vitamin A
  7. Ikan yang tinggi kandungan merkuri - yu, todak, siakap, tuna, tenggiri, salmon. Lagi senang ingat, kebanyakan ikan besar. Terutama apabila usia kandungan adalah 4 - 5 bulan.
  8. Jeruk dan asam
  9. Air tebu, air kelapa dan nenas - tajam. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada badan. Di awal kehamilan memang taboo
  10. Kafien - sebab? Mengurangkan kadar serapan vitamin / asid folik dll.

2 comments:

  1. erhh,,air tebu pun tajam gak..igtkan cuma nenas je

    ReplyDelete
  2. huhuu jeruk n asam tu mmg sk tp ms awal2 prgnant je mkn asam skrg dh kurg sbb nafsu lbh kpd mkanan berat.. adoiii...

    ReplyDelete