English Medium Or Bahasa Medium Kindergarten

Hajat di hati nak cari Islamic english medium kindy. Kenapa Islamic? Untuk bina jati diri Adam. Dunia sekarang makin moden, rasanya, jika jati diri kuat, Adam akan boleh survive di mana-mana dan hadapi apa jua cabaran. English medium? Rasanya semua tahu kepentingan dua-dua elemen ni. Owh, bila mama katakan islamic, bukan subjek pendidikan Islam atau mengaji. Yang mama maksudkan adalah menjadikan Islam sebagai rutin seharian di tadika. Solat berjemaah, doa, mengaji dll yang dijadikan rutin.

Masalah yang dihadapi, jauh. Tiada kindy yang dekat dan menepati kedua-dua ini. So, mama has to choose. Yang mana pilihan hati.

Ada tadika yang memang Islamic. Cuma, penekanan terhadap benda-benda lain tiada. Jadinya.... kurang berminat.

Ada juga bahasa medium kindy. Ya, mama impress. Betul-betul impress. Nampak pro. Kindy dia besar dan laman yang luas. Dua kali mama datang terjah. Kali pertama, tengah ada event. Dimulai dan diakhiri dengan doa. Kali kedua, budak-budak sedang prepare nak solat berjemaah. Not bad la. Cuma, guna bahasa medium.

Owh, lupa. Mama cari full day program kindy ye. Bukan yang half day. Sangat sulit bagi mama mencari transit di mana-mana. Very time consuming untuk mama lari keluar menghantar Adam ke tempat lain. Jika transportation provided pun, mama bimbangkan isu keselamatan. 

Jadi, pilihan yang ada adalah terhad. 

Ada satu english medium kindy berdekatan dengan opis mama. Yes, persekitaran yang bersih dan saaaaangat luas. Menawarkan full day program, cuma time cuti sekolah, tiada program. Erk.... boleh hantar anak, cuma tiada program sangat + budak tinggal sikit + extra charges dikenakan. Alamak.... rugi rasanya tidak terjah semasa cuti sekolah aritu. At least, mama akan nampak macam mana suasana cuti sekolah. Penting!!! Sebab, mama tiada tempat lain untuk hantar Adam.

Untuk both kindy di atas, yang bahasa medium tu ok, sekiranya peers kat sana converse in English. Mama rasa ia bergantung kepada persekitaran. English medium atau bahasa medium tidak penting jika anak-anak diletakkan di kalangan peers yang kita inginkan. 

Bahasa medium kindy, jika kanak-kanak di situ selesa menggunakan english untuk berkomunikasi, maka secara tak langsung kanak-kanak yang tidak berapa fluent atau kurang pendedahan akan turut mahir. Maklumlah, kanak-kanak belajar lebih banyak sesama mereka berbanding di dalam kelas.

English medium kindy juga, jika peers lebih berbahasa Melayu, maka, mereka akan berbahasa Melayu. Cuma, akan mendapat kelebihan kerana guru-gurunya akan sedaya upaya cuba memesongkan anak-anak untuk berbahasa Inggeris.

Aiyakkkk... kena terjah lagi bagi memuaskan hati...

Kalau mahukan peers yang elit sikit, kat nursery Adam sekarang ramai yang converse in English. Cuma... ia adalah nursery bukan tadika.


5 comments:

  1. mama anta lah adam kat smart school. eh tapi half day je kan? oooo


    p/s: da proses lom? hahaha

    ReplyDelete
  2. Susah gak kan?Montessori Kindy rasanya lagi okay kan, but yelah...limited.

    ReplyDelete
  3. susah jugak nak buat keputusan yer... skrg ni sy x alami lg.. bila sampai ms, sy pun sm gak camni apa.. byk sgt nak kne pikir nk buat pilihan terbaik...

    ReplyDelete
  4. semoga pilihan terbaik dapat dipilih utk masa depan Adam...:)

    ReplyDelete
  5. erm..kalau kat area umah chii..byk kindy yg islamik dan menepati ciri2 yg mama adam cari..boleh transit..so parents x perlu risau

    ReplyDelete