Cara Adam Study

Gambar recycle dari sini

Ramai parents di luar sana yang sangat menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Kadang-kadang, kita semacam menghadapi dilema. Adakah cara kita betul? Atau adakah terlalu mendesak. Atau terlalu lemah, tidak betul? Mama juga menghadapi dilema yang sama. Masih tercari-cari apakah sebenarnya yang patut mama buat. Cuma, baru sekarang mama rasa mama menuju ke landasan yang betul. Hihihihi... menuju ke landasan yang betul ok, cuma tak tau la mama guna jalan yang lurus atau berliku-liku. But, i'm happy :)


Mama perkenalkan buku kepada Adam seawal usia 4 bulan. Masa itu, Adam memang tak tau apa-apa. Sekadar gambar yang berwarna-warni untuk meransang baby.


Seingat mama, Adam rajin juga mengoyakkan buku. Biarkan. Bukan kerana mama ini towkey kedai buku, tetapi, mengoyakkan buku juga adalah satu skill yang baby mesti belajar.  Cuma, kalau anak mengoyakkan buku, gantilah dengan buku yang lain. Macam buku latihan yang harganya 60sen tu. Sayang kalau buku mahal yang dikoyak. Adalah juga buku yang tak sempat mama ganti. Saaayang sangat. Mama selotape aje la mana yang koyak.


Hahaha... mungkin sebab dari awal dah dibelikan buku, maka Adam macam serasi sangat dengan buku. Komik juga adalah buku :)


Budak yang kecil ni, hendak disuruh membaca, takut dikatakan mendesak. Tak disuruh membaca, takut dia malas nanti. Itulah dilema yang mama hadapi.


Solution mama, mama sediakan peralatan yang sesuai untuk Adam. Stationary dan sebagainya. Juga meja untuk Adam. Juga Adam ada drawer sendiri untuk menyimpan hanya barang-barang stationary sendiri. Drawer kecil sahaja, tapi, amat bermakna.


Kadang-kadang, mama bacakan buku kepada Adam. Walaupun Adam nampak seperti tak faham, mama bacakan sahaja. Inipun sangat on and off. Selalu juga mama ter stop dari rutin. 


Owh, terseleweng. Macam mana Adam study? Peralatan sesuai, sudah disediakan. Terpulang kepada Adam. Mungkin sebab dah biasa dengan buku, maka Adam akan mengambil buku jika dia rajin. Tiada paksaan. Yang ada hanyalah motivasi. 


Cuma, jika Adam study, mama haruslah berada betul-betul di sebelahnya. Melihat apa yang dilakukan. Walaupun nampak mudah, kadang-kala ia akan mengambil masa. Sedangkan itulah waktu yang ada untuk mama rushing menyediakan makan malam. Tapi, dah itu lah kehendak anak, mama turutkan sahaja. Jika mama tinggalkan, Adam juga akan tinggalkan bukunya. Kadang-kala, jika mama keletihan dan tertidur awal, Adam akan mengejutkan mama untuk melihat dia study. Modal di sini adalah masa dan juga tenaga. 


Tapi, mama bangga dengan Adam. Cuma, mama hairan. Jika di hujung minggu, Adam langsung tidak mahu menyentuh buku. Tak letih pula bermain 24 jam sehari? Hihihihi.


Setakat entry ini ditulis, study = doing tracing activity.

3 comments:

  1. Jom join contest kat blog Liza. Hadiah Corningware set.

    ReplyDelete
  2. hujung mggu adam nak restkan diri dia.. hihii...

    ReplyDelete
  3. Kadang2 x sempat kan? Leeja plak, byk plan nak buat, tp kekadang tak terkejar. I love buying books for my kiddos.

    ReplyDelete