Birthday Celebration Part II


Tarikh 14 Julai muncul lagi. Happy birthday. Macam tahun lepas, tahun ini juga agak rushing kerana kita terpaksa bergelut dengan bulan puasa yang akan tiba seminggu je lagi.

Alhamdulillah, tahun ini ada rezeki yang lebih untuk kawan-kawan Adam. Cuma, mama tidak belikan buku untuk kawan-kawan. Maybe next time :)

Menu, masih menu yang simple. Bihun untuk breakfast + keropok + kek. Bihunnya, meriah la dengan lauk. Masak sendiri sahaja. Slot untuk buat birthday anak-anak ni, pagi sahaja. Memang untuk breakfast. Plan asal ada sedikit lagi menu tambahan - iaitu roti dan kek. Kesuntukan masa, ini sahaja yang ada.

Nyanyian happy birthday pada tahun ini diiringi oleh lagu oleh keyboard di  nursery. Owh... bestnya!

Seperti biasa, hero akan duduk di meja yang terpisah. Hero dengan pelakon tambahan, mana boleh duduk sekali. Tenggelam!


Tahun ini, temanya "Spiderman". Sesuai dengan spiderman yang sedang ditayangkan. 


Seperti biasa, habis nyanyian aje, kanak-kanak akan menyerbu.


Sedapnya kek. Tapi, budak kecik mungkin tak berapa pandai makan carrot kek berbanding blackforest. Hihihihi... tak pe, mama suka :)



Sedapnya bihun ni. Adam makan banyak juga. Almaklumlah, hati berbunga-bunga menyambut birthday :)



Kawan-kawan makan di meja yang berasingan. Pandai berdikari. Teacher letak satu meja buffet, so, mereka bangun dan ambil sendiri.





Masa untuk pemberian goodies. Masa ini, kanak-kanak belajar untuk berkongsi. Birthday boy menghadiahkan sesuatu kepada kawan-kawan.



Free style :)


8 comments:

  1. bestnya adam... celebrate lagi :-)

    ReplyDelete
  2. betul x...setaun dua kali? haha excited nye muka adam. berseri2

    ReplyDelete
  3. hepy besday adam...meriah juga majlis dia..

    ReplyDelete
  4. intan & queen >> ye... setahun dua kali. nk suruh cepat besar

    izan >> sambut kt nursery. ramai... tu yang meriah

    ReplyDelete
  5. hapy belated adam..be a nice son to your mum n dad k...auntie doakan apa jua yg mak adam doakan pd adam termakbul...tq for the gift...mencabar auntie nak siapkan hehehe... :)

    ReplyDelete
  6. @asYDhiahihihihi... tq anti. tak pe... Adam pun x wat sendiri. present tu mmg untuk mak bapak yang buat

    ReplyDelete
  7. bestnya birthday party adam ni..meriah..kek pun nampak menarik sangat.

    ReplyDelete