Tips Sambutan Hari Lahir Pertama Anak

Entry ini adalah tentang sambutan hari lahir yang pertama anak. Bukan anak sulung, tanpa 1st birthday celebration. Kalau anak sulung + 1st birthday celebration, pasti lebih meriah dan mengujakan.

Kenapa keluar entry ini? Sila rujuk gambar di atas. Birthday Adam akan menjelang tiba :)

Ini adalah yang perlu difikirkan :

Bajet
Rasanya, inilah yang terpenting. Dengan menetapkan bajet, maka, dengan mudah boleh ditentukan berapakah tetamu yang akan diundang. Juga dari bajet yang telah ditetapkan, boleh ditentukan tempat dan menu yang sesuai. Jika tetamu ramai, sesuai jika dibuat sambutan di luar. Jika tidak, sambut di rumah sudah memadai.

Tema
Untuk 1st celebration, biasanya parents yang akan menentukan. Kerana anak berusia 1 tahun masih belum pandai meminta itu dan ini. Semuanya bergantung kepada ibubapa.

Keselamatan
Jika bercadang mengadakan parti di luar, pilih tempat yang selamat dan sesuai dengan kanak-kanak. Pastikan juga terdapat kemudahan yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang membesar kerana tetamu yang dijemput mungkin mempunyai anak yang bukan di dalam range umur anak kita.

Kad jemputan
Untuk zaman yang serba canggih ini, jemputan mungkin di buat melalui emel, sms dan macam-macam lagi. Untuk kenangan, bolehlah DIY kad jemputan hari jadi untuk disimpan sebagai kenangan. Boleh di framekan atau dimasukkan ke dalam album.

Untuk kenangan, boleh disediakan guessbook. Hihihi... macam orang kahwin pula. Tapi ini sebenarnya untuk kenangan sahaja.

Jika berkemampuan, apa salahnya menyediakan baju hari jadi.

Waktu yang sesuai bagi sambutan hari jadi adalah di waktu pagi - tengahhari di mana anak-anak sedang aktif dan segar bermain. Jika dibuat pada waktu petang, bimbang mengganggu waktu tidur anak.

Gambar
Ini adalah perkara wajib. Jika berkemampuan, apa salahnya hire photographer atau videographer. Jika tidak, snap sendiri juga sudah memadai.
Adam's first birthday celebration kami sambut di rumah sahaja. Jemputan pun hanya keluarga terdekat. Menunya adalah nasi ayam + kek. Simple sahaja. Namun sangat menggembirakan. Rumah dipenuhi dengan belon. Walaupun Adam tidak faham erti sambutan itu, Adam gembira bermain belon dan of course la ada hadiah :)
Agak sedih juga kerana mama tidak jumpa gambar itu. Dalam banyak-banyak perkara, rasanya gambar memainkan peranan yang terpenting. Itu adalah satu memori yang tak mungkin dapat diganti.

10 comments:

  1. tup-tup terus keluar entry pasal besday! haha. gud2! leh wat rujukan nih

    ReplyDelete
  2. alahai...sygnya tak jumpa gambar tu.
    tak boleh nak tunjuk kat Adam nnt.
    takpe..lepas ni, make sure gambar ada.. :)

    ReplyDelete
  3. salam kenal..
    besar atu kecil celebration tu yg penting hubungan family tu yg the best..

    ReplyDelete
  4. ema pun tak pernah buat besar-besaran..sekadar beli kek dan hadiah..dan kami sambut hanya kami sekeluarga saja

    ReplyDelete
  5. ehem..tak kira besar @ kecil sambutannya..yg penting bila adam besar..adam akan menjadi ank yg soleh..amin..

    ReplyDelete
  6. alahai..kalau ada pic tu..pasti menarik kan

    ReplyDelete
  7. nice sharing...saya tengah tercarik2 idea tuk my daughter first birthday this end month :)

    ReplyDelete
  8. tq..tbukak la gmbarn cmne nk buat besday 1st ank ambe...huhu...tema ape yerrr....

    ReplyDelete