Tips Mengajar Anak Pra Berpuasa

Bulan puasa akan menjelma lagi beberapa minggu lagi. Adam berpuasa? Owh... mungkin tidak. Belum lagi. Solat pun belum pandai. Cuma, dalam bulan Ramadhan yang akan menjelma ni, mama boleh suntik sedikit berkenaan bulan Ramadhan dan kelebihannya. Owh... jika ada sesiapa tahu buku yang simple untuk kanak-kanak, let me know. Nak cari...

Semua orang tahu susah untuk mengajar anak berpuasa. Walaupun amalan puasa tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka perlu diberi pendedahan supaya tidak kekok apabila wajib berpuasa kelak. 

Adam tidak perlu berpuasa. Baru 4 tahun, tapi Adam boleh belajar apa itu puasa, kenapa perlu berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa berpuasa.   Boleh diterangkan tentang sahur, terawih dan berbuka. 

Sebagai permulaan, selain dari bercerita mengenai Ramadhan dan puasa kepada Adam, sesekali, mungkin boleh kejutkan Adam untuk bangun sahur - hanya pada weekends. Boleh juga mulakan Iqra' pada bulan yang mulia ini. 

Owh, teringat yang Upin dan Ipin kan ada series pasal puasa dan raya! Yeahhh.... boleh dijadikan contoh yang baik untuk Adam.


1 comment:

  1. a'aa kan.. terangkan pasal puasa kat ank tu pun scra xlagsung dapat tarik minat dorg utk bepuasa gak nanti..

    ReplyDelete