Lacing Activity Untuk Fine Motor

Kanak-kanak lelaki menjahit? Mengapa tidak? Cuma, Adam tidaklah menjahit betul-betul. Hanya menjahit puppet felt. Bersemangat betul Adam menyiapkan his tiger puppet.


Syoknya terasa bila anak bersemangat. Biasalah, dapat barang baru anak pasti seronok. 


Datang dengan colour yang menarik, budak seperti Adam akan mudah tertarik.  Disediakan juga jarum, benang dan sticker untuk menghias felt craft ini. 




Cuma in the proses Adam menyiapkan puppet ni, kadang-kadang tersalah masuk lubang juga. Tugas ibubapa la untuk monitor. Jika nak dibiarkan sahaja anak mencuba sendiri, juga digalakkan. Boleh lah anak berdikari. Mama memang duduk di sebelah Adam. Memberi galakan dan pujian supaya anak menyiapkan sewing nya sehingga selesai.




Sebenarnya, untuk lacing activity seperti ini, ibubapa tidak perlu membeli. Cukup dengan bermodalkan kertas, template yang mudah boleh di sini. Hanya perlu print dan laminate untuk tahan lebih lama. Insya Allah mama nak buat. Sia-sia sahaja mesin laminate tu jika tidak digunakan :)


Lain-lain aktiviti yang support fine motor skills boleh refer di sini ( lacing ), sini ( line tracing ), sini ( pin poking activity ), sini ( cutting activity) dan macam-macam lagi bergantung kepada kreativiti ibubapa.


Kanak-kanak cepat bosan. Terpaksa pelbagaikan aktiviti mereka untuk serlahkan potensi diri.


Layan gambar Adam menjahit :)




Inilah hasil akhir yang boleh digunakan untuk sesi story telling atau sekadar berkomunikasi dengan Adam.








5 comments:

  1. wah mcm menarik aktiviti nih...nak aplikasi kan kat Mifz satu hari nanti...:)

    ReplyDelete
  2. menariknya aktiviti adam buat...bagus sangat

    ReplyDelete
  3. assalam MA..pandai dah adam menjahit..

    ReplyDelete
  4. Kreatifnya mama adam meluangkan masa dgn adam...

    ReplyDelete
  5. maaf tumpang iklan...

    KAMI MENJUAL KELENGKAPAN DAN PERALATAN PEJABAT SEPERTI MAGNETIC WHITEBOARD, MESIN BINDING, MESIN LAMINATE, ELECTRONIC TYPEWRITER, STAPLER, MESIN SHREDDER, HAILER, TROLLEY DAN LAIN-LAIN.

    TIADA CAJ GST.
    PENGHANTARAN PERCUMA SEKITAR SELANGOR DAN KUALA LUMPUR.
    JAMINAN 2 TAHUN KE ATAS.


    UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DI ATAS SILA HUBUNGI KAMI SEGERA.

    DN GLOBAL RESOURCES
    Tel: +603-6277 5571
    H/P: +6019-393 5571
    Email: dnglobal_eng@yahoo.com.my
    Facebook: http://www.facebook.com/dnglobal
    Website: www.dnglobal.weebly.com

    ReplyDelete