3 Senarai Semak Kualiti Penjagaan Taska / Tadika

Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting. Mama berpendapat, pendidikan awal kanak-kanak ibarat pelincir atau minyak untuk kanak-kanak memulakan pendidikan formal. Pendapat peribadi ye...

Mahal atau murahnya pendidikan praformal di taska / tadika tidak menjamin kualiti pendidikan yang anak kita terima. Ada taska / tadika yang mahal, dan ada yang murah, namun kualiti pendidikan yang diterima tidak sama nilai dengan wang yang dibelanjakan. Oleh itu, kualiti pendidikan yang diterima oleh anak tidak boleh dibandingkan smenggunakan wang ringgit. Ada juga anak yang tidak pernah dihantar ke mana-mana taska / tadika, namun diberi pendidikan praformal yang sangat berkualiti oleh ibubapanya.

Disebalik apa yang telah dinyatakan di sini, terdapat juga kriteria lain yang perlu ibubapa ambil berat. Kriteria ini, lebih kepada nilai peribadi penjaga atau guru tadika itu sendiri.

Guru yang sentiasa positif
Anak yang baru pertama kali dihantar ke tempat baru mungkin berubah sikap : menangis atau hanya diam membisu. Guru perlu bersikap positif untuk membantu mengatasi sikap kanak-kanak yang masih belum biasa dengan persekitaran baru. Sokongan guru yang sentiasa tersenyum akan dapat membantu menggembirakan mereka.

Physical contact yang positif
Jika anak menangis, perhatikan tingkah laku guru. Adakah guru hanya membiarkan sahaja sehingga tangisan itu reda sendiri? Atau guru akan cuba menenteramkan anak itu dengan memeluknya etc?

Mesra

Rajin bertanya dan menjawab soalan
Sesetengah kanak-kanak sangat pendiam. Ada juga yang terlalu peramah. Jika kanak-kanak itu terlalu pendiam, guru sepatutnya cuba untuk rajin bertanyakan soalan. Untuk anak itu bercerita, mungkin mustahil. Namun, jika kena caranya, soalan yang ditanya akan dijawab dengan gembira. Kanak-kanak yang terlalu banyak soalan juga perlu di handle dengan baik. Kanak-kanak yang tidak dijawab soalannya mungkin akan kecewa dan menjejaskan daya ingin tahunya.

Komunikasi yang berkualiti
Pujian! Mungkin nampak mudah. Sekadar berkata " Bagus ", " Cantik ", " Pandai ". Anak kecil akan merasa diri mereka dihargai.

Aktiviti membaca
Membaca jambatan ilmu. Semasa sesi membaca di tadika, adaka semua kanak-kanak mendapat peluang yang sama untuk berinteraksi dengan buku?

Tingkah laku kompleks
Guru mesti rajin melayan kanak-kanak. Guru seharusnya mampu bermain, tersenyum dan ketawa bersama anak didik. Melalui komunikasi seharian, guru mestilah memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak. Ajar kanak-kanak untuk berkongsi permainan dll.

Elakkan interaksi negatif
Jangan melabel anak-anak sebagai " Tidak pandai ", " Malas ". Guru perlu kreatif di dalam mendidik anak. Label negatif adalah taboo.

Untuk mendapatkan maklumat di atas, sukar dilakukan dengan bertanya. Ibubapa terpaksa mengambil sedikit inisiatif untuk meluangkan sedikit masa memerhati anak mereka. Lakukan sebanyak 2 - 3 kali pada masa yang berbeza. Biasanya, ini dilakukan pada awal kemasukkan anak.

Beri alasan yang logik kepada pengusaha taska / tadika. Katakan bahawa kita hanya ingin memantau anak. Kebiasaannya, mereka akan membenarkan. Setelah data dapat dikumpul, terpulanglah pada penilaian sendiri sama ada taska / tadika itu adalah yang terbaik untuk anak kita atau tidak. Hendak mencari taska / tadika yang perfect memang mustahil. Ibubapa perlu menilai sendiri ciri yang mana boleh dikompromi dan yang mana tidak boleh kompromi. 

3 comments:

  1. bagus jugak yer kalo servey cmni..hehee..smg mdapat pilihan yg tepat ya ;)

    ReplyDelete
  2. mmg patut kita pantau kn.. skrg ni dh mcm2 cite..

    ReplyDelete
  3. ada plan nak hantar Mifz ke taska kalo tidak jumpa pengasuh yg sesuai...entry nih sgt membantu...tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...