Program Cahayaku

Mama sedang dalam proses survey tadika untuk Adam. Adalah beberapa tadika yang menarik perhatian, namun, mama shortlisted beberapa sahaja. Priority kepada yang dekat sangat dengan ofis. Pintu depan ye kawan-kawan. Pintu belakang mama reject kerana bukan di dalam laluan mama.

Walaupun begitu, faktor berdekatan dengan pintu hadapan ofis bukanlah kriteria utama. Kriteria utama mama adalah, tadika yang menyediakan day care seharian. Susah juga jika terpaksa transit anak ke sana sini. 

Setelah banyak juga survey di lakukan secara online, mama dapati banyak tadika yang menggunakan kaedah seperti phonic dan cahayaku. Buku pula, kebanyakan menggunakan Iqra' dan Bacalah Anakku. Pendekatan phonic, insya Allah mama telah biasa. Cuma kaedah cahayaku yang masih asing pada mama.

Jika asing, boleh dipelajari. Cuma mama risau pada peringatan penting yang mama jumpa di website cahayaku. Antaranya :

Jangan ajar nama abjad kepada anak-anak
Jangan cuba bunyikan abjad mengikut kaedah fonetik.

Kenapa agaknya? Adam telah kenal abjad - nama dan bunyinya. Jika mama pilih tadika yang menggunakan kaedah cahayaku, adakah menyukarkan Adam untuk belajar membaca kerana telah melanggar dua peringatan penting itu? Owh... kena check ni. Pening juga mencari tadika.

3 comments:

  1. hehe.. fonetik.. . L pun xlepas2 lagi.. susah kot guna cara fonetik..

    http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/still-jahat-walaupun-dah-solat.html

    ReplyDelete
  2. comment anda:
    Cuma mama risau pada peringatan penting yang mama jumpa di website cahayaku. Antaranya :
    Jangan ajar nama abjad kepada anak-anak
    Jangan cuba bunyikan abjad mengikut kaedah fonetik.

    comment ana:
    check video bebudak sekolah rendah tu (dalam blog: www.educahayaku.com... semua mereka tu tak tahu nama abjad ke? fikir-fikirkanlah sendiri...sebelum nama buat cerita...maaf ye cik kak

    ReplyDelete