Nutrien Penting Untuk Anak

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang secukupnya. Kadang-kala kita sebagai orang dewasa akan merasa hairan dengan aktiviti seharian kanak-kanak. Asyik bermain 24 jam tanpa letih. Benarkah anak anda tidak letih? 

Pendapat mama, anak sebenarnya letih, namun, mereka cuba sedaya upaya mengatasi rasa letih itu. Rugi jika berhenti sekejap untuk tidur ;) Jadi, nutrisi seimbang penting untuk membantu mengatasi masalah ini. Di antaranya ialah : 

Kalsium 
Kalsium penting untuk tumbesaran tulang dan gigi. Nmun, kalsium sebenarnya penting untuk sepanjang hayat. Bagi golongan dewasa, kalsium penting untuk kekuatan dan kesihatan tulang. Selain susu, produk tenusu seperti yogurt dan cheese adalah kaya kalsium. Sumber lain adalah ikan bilis, brokoli, kekacang dan buah oren. 

Vitamin A 
Vitamin A penting untuk kesihatan mata, membantu perkembangan tisu dan sel kanak-kanak. Ia juga akan meningkatkan daya imun melawan penyakit. Di antara sumber kalsium adalah telur, carrot dan keledek. Zat besi Fungsi zat besi pada kanak-kanak sama seperti fungsinya pada orang dewasa. Kekurangannya boleh menyebabkan anemia dan mudah letih. Di antara sumber makanan kaya zat besi adalah daging merah, ayam, ikan dan kekacang. 

Vitamin C 
Vitamin C penting untuk meingkatkan keupayaan salur darah , menyembuhkan luka dan melawan jangkitan penyakit. Jika anak mempunyai simptom demam atau selesema, vitamin C boleh dijadikan remedy. Vitamin C adalah vitamin yang larut air. Maka, sebarang dos berlebihan akan di flush terus melalui kencing atau perpeluhan. Sumber kaya vitamin C adalah oren, buahan sitrus dan strawberri. 

Serat / fiber 
Penyerapan serat yang berguna akan membantu pergerakan usus dan juga mengelakkan penyakit diabetes. Sumber kaya serat adalah buah dan sayuran, bijirin dan oat. 

Agak-agak, jika anak dapat semua zat nutrisi ni, makin ceria dan aktiflah mereka bermain ;)

7 comments:

  1. kalau anak2 dpt semua zat2 tu confirm main sampai xingat apa dh hihi

    ReplyDelete
  2. assalam MA..ehem betul nutrien yg cukup akan menjadikan mereka sihat ,aktif & bijak.. :)

    ReplyDelete
  3. Jujurnya, kakcik bukanlah seorang i bu yang mengambil berat tentang kandungan nutrisi dalam makanan. Cuma, kakcik tidak menggalakkan anak2 mengambil makanan ringan (junk food) yang pastinya tidak mempunyai khasiat.

    ReplyDelete
  4. kanak2 mmg tak tahu letih.syg nak tinggal main kan..:)

    ReplyDelete
  5. zat2 ni semua mmg bagus.. tmasuk utk kita :-)

    ReplyDelete
  6. bukan takat knk2 je..org dewasa pn perlukan nutrien yg penting juga dlm badan :)

    ReplyDelete