Nursery Math For Toddler


Alhamdulillah, buku pertama telah berjaya Adam habiskan. Sebenarnya, inilah kali pertama kami berjaya menghabiskan buku latihan. Kali pertama. Selalunya, Adam buat, lepas bosan tinggalkan.

Macam entry yang lepas, buku ini memang untuk toddler. Sesuai untuk kegunaan di nursery. Maksudnya, entry level sebelum ke level seterusnya. Mungkin agak mudah, kerana buku satu ini hanya memperkenalkan no. 1 - 5. 

Walaupun mudah, di dalam buku ni, aktivitinya dipelbagaikan. Tracing, counting, colouring. Ada juga patterning. Dan, mama dah beli nursery math 2. Hihihihi...


Nampak macam basic, sebab Adam memang telah kenal nombor. Namun di sebaliknya, buku ini mengajar anak untuk mengikut arahan. Arahan basic la juga, yang sesuai untuk kanak-kanak.

Ini adalah persediaan sebelum Adam mula menjejakkan kaki ke tadika. Mama tengah survey tadika mana nak enroll Adam.

Silibus nursery math 2 ni...


Meh kita intai Adam's handwriting. Semuanya, masih aktiviti tracing lagi. Belum beralih kepada free handwriting. Kadang-kala, cantik. Macam ini.


Bila mood malas menjelma, jadi macam ni... 


Mama pun tak pasti kenapa tulisan Adam menjadi hodoh. Cuma yang dapat mama ingat adalah, Adam try menulis dengan secepat yang mungkin. Mungkin juga rushing nak main game. Hihihi. Yang penting, Adam willing untuk buat. Buku, mama letakkan di tempat yang mudah untuk Adam capai. So, Adam boleh access anytime. 

Setakat yang mama observed, tulisan Adam ok. Tidaklah perfect, sesuai dengan umur. Cuma, colouring skill kena improve. Jika diikutkan, Adam selalu mewarna, tapi, menggunakan water colour. Kaler pensil ni, jarang sangat. Lepas ni, kita praktis guna kaler pensil.


6 comments:

  1. kagum auntie...nnt masuk tadika dah blh kejar mcm budak lain...anak auntie masih bertatih skrg nie...insyallah adam sure blh buat punya

    ReplyDelete
  2. Makin lama adam menulis dan membuat trace tu,makin kuatlah nnt motor2 halusnya kelak..

    ReplyDelete
  3. dina pulak jarang bg rafique guna water colour..tak terkawal..faveret is crayon.

    anyway, akak start intoduce nursery math 1 tu masa adam umur berapa ye?

    ReplyDelete
  4. Asydhia : setiap anak ada kekuatan masing2. Insya allah asyraf pun progress dia bagus

    Dina : buku ni baru je start. Early this month. Patut boleh start awal. Cuma dulu2 x terpk nk bagi buat exercise

    ReplyDelete