Memperkenalkan Vocab Baru Sambil Bermain

Sambil-sambil menunggu kereta mama yang entah apa kena tak boleh nak start ni, sempat jugalah nak menulis. Kadang-kadang rasa macam sedikit terikat untuk menulis. Sebab, lately blog ni dah jadi macam carca marba. Semuanya di masukkan. 

Sebenarnya, menulis ni satu terapi yang mudah dan mudah. Cuma, apabila di publishkan untuk tatapan umum, bahasa harus dijaga. Satu ayat yang sama, boleh diinterpretasikan dengan pelbagai nada. Seorang yang sedang happy, akan membacanya dengan nada yang positif. Jika sedang berduka, ayatnya menjadi nada duka. Boleh jadi pelbagai mood - ceria, sedih, menangis, marah dan sebagainya. Selalunya, mama akan baca entry dengan gembira. Jika bersedih, takdenya mama akan online ;) 

Sementara menunggu untuk tempoh yang harap2nya sekejap ini, boleh juga mama bercerita tentang aktiviti Adam. Lately, Adam suka bercerita pasal game. Rasanya, memang lumrah anak lelaki. Untuk menjadikannya lebih bermakna, mama perkenalkan beberapa vocab baru yang sesuai dengan game yang Adam main. Simple vocab, untuk enrich lagi vocab Adam - enemy, bad, battle, war, leader, leadership, dan tak ingat dah. Walaupun mudah, pengenalan vocab semasa anak sedang bermain mama rasakan sangat berkesan. Sebab, di masa lain, Adam akan menggunakan words yang telah diajar untuk bercerita. Jangan frust jika anak tidak dapat menangkap apa yang diajar. Di sinilah pentingnya repeatition. Ulang berkali-kali. Tapi, dengan cara yang menyeronokkan. Jika tidak, kita membunuh sifat ingin tahu + belajar anak kita. 
Bila mengajar anak, elakkan membandingkan anak dengan orang lain. Pencapaian setiap individu adalah berbeza. 
Alhamdulillah, walaupun sedikit, mama tetap bangga dengan pencapaian Adam. Kerana semuanya bermula dengan satu langkah. -- eh, tak siap lagi kereta ni :)

5 comments:

  1. saya plg x suka klau membandingkan anak ngan anak org lain...hope saya bkn begitu..biarla lmbt asalkan berjaya ;p

    ReplyDelete
  2. kita sendiri pun x suka jika mak bandingkan dengan org masa kecik2 dulu kan...

    ReplyDelete
  3. baguslah mcm ni.. nanti mesti adam tau lg byk :-)

    ReplyDelete
  4. betul betul..sesapa pun x suka dirinya dibandingkan dgn org lain..rasanya mcm x berguna je..

    mcm anak buah chii..dorang ada gak ajar vocab yg mudah..cthnya bila tanya mama mana dia akan jawab work..eventho perkataan work tu sgt pelat..eheh

    ReplyDelete
  5. Gud Job Mama Adam!Good Job to Lil Adam too!:)

    ReplyDelete