Kasut Dan Sandal Kanak-Kanak

Adam tiada selipar. Kemana-mana berkasut. Paling tidak bersandal. Sandal yang ada strap di belakang. So, bila disuruh sauk sahaja sandal tanpa di strap kan di belakangnya ( hihihi... berbelit ayat ni ), Adam tak akan jalan. Sebab, susah. Tak biasa.

Tak mahulah anak tak pandai pakai selipar. So, last weekend, beli lah satu selipar ni. Mula-mula pakai, Adam jalan macam budak baru pandai jalan. Moon walk! Dia kepit selipar dengan jari rasanya. 


Setelah beberapa kali dipakai, akhirnya PANDAI. Belum la expert sangat. Masih nampak dia berhati-hati untuk berjalan, tapi syukur la. Akhirnya, Adam pandai pakai selipar! Walaupun ada la 2-3 kali terjatuh :)





3 comments: