DIY Lacing Card

Sebelum ini, untuk lacing activity, mama beli tools : satu menggunakan plastik, satu lagi menggunakan felt. Sedangkan, boleh aje kalau mama nak DIY. Tools semua ada di rumah. Cuma, kadang kala, kena juga beli untuk mempelbagaikan aktiviti anak. Beli - senang dan cantik.




Mama print online sahaja. Mama congak-congak, banyak nak buat ni. Hihihi... biasalah, excited!


Tapi rupanya, sakit tangan nak tekan single hole punch ni. Sungguh, tak tipu. Sampai merah tangan. Owh... kalau punch kertas senang je. Ini kertas berlaminate. Jenuh juga.


Siap la turtle ni. Untuk hare ni, tunggu la....


Stok foam masih banyak. Mungkin mama boleh buat guna foam sahaja. Tak perlu menyakitkan tangan :)

No comments:

Post a Comment