Dinasour Egg In The House

Agak lama tiada aktiviti seni begini dengan Adam. Sesekali buat seronok. Mama seronok sebab Adam tekun buat hingga siap. Adam lagi seronok sebab dapat main air. Bahan-bahannya belon, kertas surat khabar dan sedikit air. Mudah, murah dan sangat menyeronokkan. 


Mula-mula, mama perlu demo kan bagaimana nak membuat dinasour egg ni. Kemudian, tinggalkan sahaja. Biar Adam menyiapkannya dengan perasaan gembira. Seronok. 


Agak tebal juga kertas surat khabat yang Adam tampal. 


Dinasour egg ni, kami biarkan semalaman untuk kering. Kering sahaja, seterusnya adalah proses mewarna. Kalau ada tempera paste, elok la. Jika tidak, memadai dengan water colour sahaja.


Esoknya, balik dari school, Adam terus menerkam ke arah dinasour egg kami. Tak sabar nak lihat sama ada egg tu dah kering atau belum. Tak sabar nak mengaler.

Tapi, malangnya... mama lupa nk sapu gam. So, cebisan kertas pada our dinasour egg jatuh satu persatu. Frust.

Mama sapukan satu lapisan gam dan tampal mana yang mampu. Kena tunggu sehari lagi sebelum lapisan gam itu kering dan Adam dapat mewarna.

Hari ketiga. Yesss.... Dinasour egg telah kering dan sedia untuk dicat. So, mama prepared barang-barang. 


So, Adam mulakan aktiviti mewarna.



Tekun sangat. Sampai muncung-muncung mulut :)


Zoom sikit...


Akhirnya, siap! Tapi, mama yang siapkan. Moral of the story, lain kali, bagi Adam colour guna span. Cepat sikit siap. Tak sempat bosan.


5 comments:

  1. a'aaa bila guna berus lmbat... dh la telue dinosour tu besar.. hihii

    ReplyDelete
  2. ha ha ha..akhirnya mama la jgk yg siapkan. Hiks

    ReplyDelete
  3. uish..abih muncung dia kuar tu,,eheheh

    ReplyDelete