Buku Keluaran Pelangi

Aktiviti belajar membaca dah lama ditinggalkan. Akan disambung kemudian. Buat masa ini, kita belajar basic - line tracing dan skills yang diperlukan sebagai persediaan untuk membaca. Kiranya macam berjalan backwards la. Kenapa? Sebab, mama bermula dari steps pertama yang Adam buat dulu-dulu.

Tak macam rugi ke kalau berundur ke belakang? Hihihi... undur bukan sebarang undur. Kami undur untuk mara ke hadapan. Aktiviti begini mungkin agak mudah, itu yang Adam suka agaknya. Kalau membaca, kena bagi tumpuan. Yang ini, sambil-sambil pun boleh.

Buku ni, untuk budak 3 tahun. Betul-betul basic. Kiranya, boleh anggap sebagai revision dan latihan pengukuhan untuk anak. Ada 12 buah buku sebenarnya, mama baru beli 2. Nak ambil 12 sekaligus, tak berani sebab papa Adam ikut sekali. Hihihi... maklumlah, buku dah berlambak di rumah. Insya Allah, next time mama keluar beli :)


Tak mahal pun, RM4.30 je satu :)


Nama pun nursery book. Sesuailah untuk si kecil yang sedang merangkak ni :)


Tajuk-tajuk pun mudah sahaja.



Alhamdulillah, arahan-arahan mudah Adam boleh ikut. Arahannya, of course la mama bacakan.



Nampaknya skill mewarna Adam masih lemah. Macam budak yang baru pegang warna. Sedangkan, sejak mula pandai memegang telah pun mama bekalkan dengan kaler dan kertas. Lepas ni, kena mewarna dengan pensil kaler lah nampaknya. Lebihkan aktiviti seni supaya lebih berseni. Kenapa tak tukar-tukar kaler, Adam?

2 comments:

  1. awak cam saya gak.. kalu ada abah alisha, takut sy nak ambik byk2.. sbb kat umah dh byk buku... hahhahah

    tp kalu sy ambik byk, saya akn ckp.. xpalah, ina guna duit sendiri.. kikikiii

    ReplyDelete
  2. ehem..teringat buku2 camni dulu byk kat rumah mama..he2x..

    ReplyDelete