Bila Gen Z Berkumpul

Generasi Z, pelapis masa depan. Inilah jadinya bila generasi ini berkumpul. Riuh rendah umpama ada pesta. Bila beramai-ramai ni, social skill masing-masing diuji. Pandai atau tidak berkomunikasi, bertolak ansur dalam bermain. Ini akan membantu di dalam pembentukan self esteem anak. Namun, disebabkan anak mama biasanya main seorang, agak kurang lasak bila berkumpul begini. Jika main indoor, mama boleh tutup mata, tapi bila outdoor macam ni, mama monitor dari jauh. Mesti. Hihihi.



Maintain aje kayuh, maklumlah dah pandai naik basikal. 


Nak naik basikal besar la pulak. Adam dah pandai!



Masing-masing yang dah pandai posing. Pantang nampak camera :)


Candid masa tengah susun-susun yang snap picture. Konon masing-masing nak buat muka letih bermain :) Tukang susun, mereka la juga. Mama ni, tukang snap aje. Tapi dalam gambar ni, nampak riak gembira je.

Ada juga gambar untuk yang baru pandai berjalan! Being the youngest, kena pandai-pandai bawa diri. Hihihi.


Hanya satu laman sahaja, tetapi pelbagai aktiviti dilakukan. Ada yang bermain bola, berbasikal, bertatih jalan. Pandai-pandai lah masing-masing untuk mencari port di mana yang kosong untuk bermain :)


Nampak remeh sahaja aktiviti sebegini. Tapi ia sebenarnya penting untuk membina keyakinan diri anak-anak. Lagipun, ini semua promote gross motor skills anak-anak juga. Mama lagi suka jika anak-anak sibuk bermain bersama begini dari sibuk bermain game. Sebab, inilah masanya nak bermain bersama-sama. Lagi pula, kan ada research yang telah membuktikan kebaikan outdoor activity ini dengan IQ anak.

4 comments:

  1. wah.. seronoknya adam.. dpt main dgn ramai2 kwn :-)

    ReplyDelete
  2. betul..chii setuju..at least dgn bermain mcm ni..lh keluar peluh..di samping dpt belajar mcm mana nak communicate dan bekerjasama antara rakan2..berbanding main game..sorang2 je:)

    ReplyDelete
  3. amboi...generasi Z nih ha...meriah...hehe...Generasi Z mmg perlu kita didik berkomunikasi lebih byk, kang lebih byk communicate ngan teknologi je, susah gak...kang jd robot...hehehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya adam...kawan2 pun ramai..

    ReplyDelete