Suami vs Surirumah




Copy & paste dari halaqah.net

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal? 

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank. 

Kaunselor : Halimah pula? 

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. 

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? 
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja. 
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?? 
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi. 
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?? 
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja. 
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa? 
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja. 
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan? 
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja. 
Kaunselor : Apa Halimah buat? 
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja. 

4 comments:

  1. suri rumah pun pnt jugak... bekerja jugak.. kikiii

    ReplyDelete
  2. suri rumah pun bekerja.in fact keje umah nih tak penah nyer habis :0

    ReplyDelete
  3. ehem..banyak kat tugas surirumah sebenarnya..besar pengorbanan mereka demi keluarga..hu2x..

    ReplyDelete
  4. hurm..suri rumah lg byk kerja..kalau la sang suami menghargai suri rumah yg 'tidak bekerja' tu kan

    ReplyDelete