Rawatan Untuk Ekzema Atau Kulit Sensitif

Kulit sensitif? Tidak. Tapi terlalu sensitif. Bukan ekzema, tapi can lead to ekzema jika tidak dikawal. Eloknya ber aircond. Rumah kami dulu, memang pasang aircond memanjang. Cuma, bila pindah rumah yang diduduki sekarang ni, mama tak pasang aircond. Menyesal pulak. Aircond dulu tu, dah jual second hand. 

Adam semasa baby kena treat special sikit. Almaklumlah, kulit terlalu sensitif. Berbintik sana dan sini. Dalam aircond, elok aje dia. Doc suggest kami aircond kan seluruh rumah. Itu yang kami ber aircond dulu tu. Siap tukar susu. Dari susu lembu, beralih kepada susu soya. Kononnya, dapat mengurangkan kesensitifan kulit. 

Alhamdulillah. Kulit Adam semakin elok. Cuma, sejak dua tiga bulan ni, masalah lama kembali berulang. Mungkin kerana cuaca yang membahang panasnya sekarang. Dulu Adam menggunakan sabun ini. Cecair pencuci yang bukan sabun. Tiada buih, tiada bau. Maka, kurang seronok lah memandikan anak semasa dulu. 

Sekarang, Adam beralih kepada ini pula. Mama hanya belikan satu set sahaja untuk digunakan di rumah. Jika nampak ada perubahan nanti, barulah nak beli untuk bekalan di nursery pula. Setakat ini, dah dua kali pakai ( ye, baru dua kali. Beli semalam ). Kasihan pada kulit Adam yang kemerah-merahan bak kena gigitan nyamuk di sana sini. Setakat ini, nampak beransur reda keradangan kulitnya. Mama akan review produk ini jika ada perubahan yang baik. Maklum lah, memang banyak produk dan ubat-ubatan di pasaran, namun tak semuanya sesuai untuk anak kita. 



Minggu lepas Adam menjerit kesakitan. Mama sapu calamine lotion, sikit aje pada kulit Adam. Rupa-rupanya, tak sesuai. Padahal, doc pakar yang kasi. Lotion tu mengeringkan kulit. Seterusnya, radang akan menjadi semakin teruk. Juga ada rakan-rakan yang mengamalkan supplemen untuk ekzema, cuma, mama belum sampai ke tahap itu lagi. Mungkin jika produk ini tak sesuai, mama akan beralih kepada supplemen. Cuma, risaukan Adam sebab sudah terlalu banyak supplemen yang dimakan setiap hari. Sebelum itu, dulu kami ambil juga ubat homeopathy. Alhamdulillah, memang serasi dengan Adam. Cuma, mama dan papa malas hendak ke Bangi mengambil ubat. Doc Hassan di PKNS Bangi tu, memang bagus.

Harap-harap ok lah produk ni. Kalau tak sesuai juga, kena cari produk lain pula.

Lain-lain cerita pasal ekzema atau sensitive skin di sini.

                   

Untuk orang dewasa, boleh try produk Shaklee - ESP dan GLA. Testimoni terbukti di depan mata. Akak ni, diserang ekzema yang teruk. Sampai kehitaman kulit badan akibat parut. Alhamdulillah, selepas tiga bulan mengamalkan ESP dan GLA Shaklee, ekzemanya berkurangan. Parut hitam juga makin kurang. 

Sebab Adam budak lagi, MA hanya beri ESP kepada Adam. Dos dikurangkan sedikit.

Sesiapa nak mencuba ESP dan GLA shaklee, boleh la contact seperti di bawah. Lain-lain produk Shaklee pun boleh. Harga memang mampu milik berbanding kesihatan yang lebih utama =)

Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

12 comments:

  1. kesian adam, sensitif sgt kulit dia..semuga adam dah bertambah sembuh skrg ni..amin..

    ReplyDelete
  2. Anak dara mak yg bongsu pun dulu2 pernah terkena alergic pada protien lembu. So, dia hanya blh minum susu soya sahaja..

    But skrg alhamdulillah..semakin membesar,nmpknya semakin pulih alergicnya tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... susu soya ni bagus ke utk eczema? susu biasa x bagus utk pesakit alahan kulit tapi soya sy x pasti... ku ok sy nk try juga lah. sy dh dewasa pun msih eczema di badan dan muka.paling x tahan bila waktu tidur malam bgn pagi tangan lengan rse pedih krna tergaru waktu tdur dalam x sedar...

      Delete
    2. Saya kurang pasti pasal susu. Adam minum susu soya.

      Cuba la produk moogoo ni. Ada kawan2 cuba, Alhamdulillah ok. Tapi, lain org kan lain. Tapi, x salah mencuba

      Delete
  3. sy pun baru beli milk wash+shampoo+cond moogoo semalam.. :)
    anak sy mmg ada ekzema.sebelum ni pakai yg cream moogoo ISB tu je.so far cream tu ok..

    ReplyDelete
  4. My son pun ekzema sejak kecik, etruk gak dulu2, pantang kene panas, tu yg psg aircond gak tuh, tp kat bilik jelah...skrg ni alhmdulillah da ok. Dulu Ym guna produk sebamed, alhamdulillah ok.Tapi, regenye...uiii...hehehe.

    ReplyDelete
  5. Salam Mama Adam,

    masa bebe aryan 4 months dia admitted coz of eczema.. mmg teruk smpi berdarah.. kami buat blood test n result says dia allergic dgn all types of nut including coconut, egg white n chicken..
    aryan juga pakai product cetaphil.. pas 2 bln naik balik eczemanyer.. doc ada suggest product ezerra, cleanser n moisturizer.. so far, alhamdulillah kulit aryan dah cantik seperti baby2 lain juga..
    cuma nak dapatkan product ni susah skit.. x semua farmasi ada..
    nti mama adam update yer.. sesuai x adam pakai moogoo ni.. at least kalo x der ezerra ni leh la momma try moogoo.. hehe..
    smoga adam sihat selalu..

    ReplyDelete
  6. setakat ni dh 2 3 org ank blogger yg sy tau kne ekzema.. kene betoi2 jg kan.. sbb snsitif kulit dorg ni..

    ReplyDelete
  7. harap keadaan kulit Adam bertambah baik yer...amin...

    ReplyDelete
  8. berapa harganya ek? anak saya tu dh lama ekzema tu x hilang2... kesian tgk dia dok garu sampai luka2...br 9 bulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu set tu dalam seratus lebih. Lupa dah. Dekat rm200 la. Kalau beli satu2, losyen tu rasanya rm50 kot.

      Utk baby 9 mnth, try tanya doc. Tapi, yg ini milk based, rasanya xde prob.

      Dulu, masa adam kecik pernah beli satu cream. Mahal. Tapi, hanya memburukkan keadaan.

      Delete
  9. Salam. Utk mommies yg anaknya ekzema or sensitive skin, boleh try Tropika Baby Skin Care products. Produk natural mesra alam, based on minyak kelapa dara or virgin coconut oil. Bebas bahan kimia, bebas steroids, bebas parabens & bebas SLS. Alhamdulillah good feedback from satisfied moms. Ni produk keluaran bumiputera, halal & plg penting harganya affordable.

    For for info boleh visit website http://www.tropikababies.blogspot.sg/ ataupun FB - Tropika VCO & Medela Swing Maxi.

    Harap dapat membantu :)

    ReplyDelete