Penawar Ekzema

Sejak mencuba moogoo aritu, alhamdulillah. Kesan setakat ini adalah positif. Kulit cantik seperti sedia kala. Tidur malam juga lebih mudah. Mudah tidur bukan bermakna Adam tidur awal sekarang. Huhuhu.. Masih lagi tidur lewat, tapi, apabila mengantuk, Adam terus tidur. Jika dulu, terpaksa bergilir untuk menggosok belakang Adam. 

Mula-mula dulu, agak geram juga kerana aktiviti menggosok ni boleh berlarutan sehingga lebih sejam. Tidurnya lambat, kena gosok pula. Rupa-rupanya, memang merenyam jika ekzema ni. Kasihan pula dekat Adam.

Di nursery, Adam masih menggunakan cetaphil sebagai body wash dan shampoo. Tunggu habis dulu baru ganti dengan moogoo. Sayang! Tapi untuk losyen, mama akan bekalkan ini. Losyen yang telah mama bahagikan ke dalam travel pack.

Sengaja pilih yang ada pump untuk memudahkan Adam pakai. Bagus juga nursery train Adam berdikari. Almaklumlah, dah besar. Tahun depan, mungkin akan ke tadika pula.

Inilah yang mama gunakan. 



So, inilah bekalan Adam untuk esok. Harap-harap, pencarian kami berakhir :)



Produk ni wangi tau! Kalau selama ni, sabun Adam tiada bau, sekarang sudah wangi! Hihihi... entah lah, selalunya kalau wangi ni, sebab tambahan chemical bau. Tapi, setakat ini nampak ok je :)

Sikit aje, sebab mama beli satu set. Kalau ok, barulah boleh dibeli lagi :)

Ini bantuan luaran sahaja. Lagi elok kalau kita boleh perbaiki dalaman kan?

                 
Untuk orang dewasa, boleh try produk Shaklee - ESP dan GLA. Testimoni terbukti di depan mata. Akak ni, diserang ekzema yang teruk. Sampai kehitaman kulit badan akibat parut. Alhamdulillah, selepas tiga bulan mengamalkan ESP dan GLA Shaklee, ekzemanya berkurangan. Parut hitam juga makin kurang. 

Sebab Adam budak lagi, MA hanya beri ESP kepada Adam. Dos dikurangkan sedikit.

Sesiapa nak mencuba ESP dan GLA shaklee, boleh la contact seperti di bawah. Lain-lain produk Shaklee pun boleh. Harga memang mampu milik berbanding kesihatan yang lebih utama =)

Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

11 comments:

  1. oh kulit Adam dah cantek balik yer...alhamdulillah...:)

    ReplyDelete
  2. Moga2 adam akan bertambah pulih lepas nih yea..

    ReplyDelete
  3. lebih kurang la kulit Adam dgn baby Imran, tak tahan panas. asyik kena ber aircond memanjang. ekzemanya on and off, kejap ok, kemudian dtg balik.

    ReplyDelete
  4. baguslah kalu ia dh buat adam mkin mudah tido...

    ReplyDelete
  5. alahmdulillah adam dah ok.. :)

    ReplyDelete
  6. terjumpa info ni, juga pasal ekzema… sharing is caring :) - Rawatan dan Komplikasi Ekzema Atopik

    ReplyDelete
  7. banyaknya ubat..kena sapu sekaligus ker ni..

    ReplyDelete
  8. kesiannya...muga penyakit ekzema adam hilang

    ReplyDelete
  9. ekzemayer..kesian adam..harap2 kulit adam gebu semula..:)

    ReplyDelete