Oh My English Youtube

Walaupun baru sahaja dua hari lepas mama update pasal Oh My English, tetap nak update lagi :) Kira malam-malam, terselit juga la sitcom ni dalam senarai youtube Adam yang panjang tu. Cuma, mama seronok sebab, secara tak langsung, Adam dapat juga la belajar.

Sebab, selepas each sitcom tu, Adam tanya, " Apa yang salah ni mama? ". Hahaha... untuk "burning bread" la tuh. Adam mana faham. Kita kena terangkan. Tapi, untuk "open the fan", siap gelak-gelak lagi. Faham la tu kot. Mama tanya untuk reconfirm. Owh... memang faham rupanya. Ingatkan tak faham. 

Sebenarnya, kami tiada inisiatif pun nak tengok youtube cari OhMyEnglish ni. Cuma, apabila Adam kerap lakonkan semula iklan yang pasal "chop the letter" tu, mama nampak ada kesannya pada Adam. Tu yang cari kat youtube tu. So, mama kasi thumb up la untuk sitcom ni. Walaupun bahasa yang digunakan adalah rojak, namun ia memang satu inisiatif yang baik. 


Macam Adam, selalu guna direct translation untuk perkataan-perkataan yang dia tahu. Mama layankan saja. Kerana, bagi mama, selagi dia boleh faham, boleh pejam mata lah kalau grammar atau apa sahaja. Yang penting, ialah memupuk self confidence untuk Adam berinteraksi. 

6 comments:

  1. Kehkehkeh,best & lucu bah 'Oh My English' tu.Suka sy tengok :)

    ReplyDelete
  2. memang best..hehee..tp smlm lupe nk tgk..keke.....

    ReplyDelete
  3. oh my english ni best kan... sbb bnda tu pun, kdg2 sy sebut gak.. kira slh la.. hihii

    ReplyDelete
  4. Nampaknya dah ada kesan positif program Oh My English tu pd adam..

    ReplyDelete
  5. bagus kan education program macam ni.saya pon suka tengok

    ReplyDelete
  6. insyallah akan dipratikan bilo Mifz besar nanti...:)

    ReplyDelete