Imaginasi Kanak-Kanak

Lama sungguh tiada cerita pasal aktiviti Adam. Lately, aktiviti Adam berkisar main fight-fight dengan papa dan jugak komik.

Sekarang ni, mama dah tak perlu membacakan komik untuk Adam. Adam akan pilih sendiri mana-mana komik yang dia berkenan, lepas tu, dia BACA sendiri. Siap ada gaya. Tangan kaki semua naik. Tone suara pun macam-macam.

Adam baca gambar la kan.... seronok la jugak mama rasa. Seronok bersebab : seronok sebab tak perlu bacakan Adam komik, dan seronok sebab Adam dah pandai berimaginasi. SERONOK tau rasanya! 

Mana tak seronok, selain tone suara yang pelbagai, kaki tangan naik, kadang-kadang, sampai berlari dan melompat baring atas tilam. Semuanya, kerana feel yang dia rasa. Boleh bayangkan tak imaginasi budak empat tahun? Hihihihi... sebenarnya, nak ambil video, tapi, gelap. Tak nampak pun si Adam. 

Sama juga jika bermain game. Pelbagai tone suara keluar. Kadang-kadang, keluar juga kata-kata berbentuk arahan kepada game tu. Kelakar ada, lucu pun ada. Itulah dunia kanak-kanak.  

6 comments:

  1. hihii mcm seronok plak dgr cite adam bercerita ni... sy dpt bygkn dgn gaya lg.. sbb sy sndiri pun jnis gitu.. lps tu menurun kt alisha... hihii

    bezanya adam buat gaya bc buku cerita, sy ni time cerita2 kosong time bersembang tu..hihi

    ReplyDelete
  2. Hihihihi.... Lawak jugak kan? Terhibur rasa ;)

    ReplyDelete
  3. saya dpt bayangkan sebab anak saya pun lebih kurang adam je ,

    si kecik tu 3 tahun ..

    ni dah balas komen mama adam

    http://puanbee.com/resepi-sotong-goreng-kunyit-versi-puanbee/

    ReplyDelete
  4. hehe..chii bleh bayangkan mcm mana keadaan adam :)

    ReplyDelete
  5. mmg kanak2 ni imaginasi mereka tinggi,.sambil mebaca boleh bygkan adam buat gaya tu semua..:)

    ReplyDelete
  6. wah itu tandanya adam dah semakin besar..dah pandai baca buku sendiri..he2x..

    ReplyDelete