Idea Menggunakan Buku Bergambar Untuk Si Kecil



Kalau nak mengajar budak yang besar ni, susah la sangat. Betullah kata orang, mengajar budak kecil jauh lebih mudah, kurang gangguan. Budak besar ni, macam-macam yang dia dah pandai. Sikit-sikit nak main, nak tengok tv, nak mandi. Bermacam alasan diberi – sebelum sempat mama pilih buku. Terpulang pula pada si pengajar tu. Kalau yang nak mengajar tu, ala-ala bersemangat waja, maka, dapat juga lah di ajar anaknya. Tapi, jika suam-suam kuku ni, kena la cari alternative lain.

Penggunaan buku bergambar ni boleh dipelbagaikan untuk aktiviti anak-anak. Sekurang-kurangnya, dapat juga melatih anak memegang buku. Mama kongsikan sesuatu yang mama dapat ketika menjelajah ke alam maya :)

Berbincang!

Jika ada kesempatan membacakan buku bergambar ( wordless picuture ) kepada anak, cuba pause di mana-mana. Kemudian, Tanya soalan. Jika berkesan, boleh dilakukan. Tapi, jika ia mengganggu perjalanan cerita, tak perlulah bertanya banyak soalan.

Sesekali, jika sesuai, perkenalkan perkataan baru yang boleh menerangkan lagi gambar yang ditunjukkan tadi. Secara tak langsung, anak juga belajar bagaimana nak membina ayat dan menerangkan sesuatu.

Boleh juga dicuba meminta anak bercerita berkenaan gambar. Lihat bagaimana imaginasi anak anda berkembang. Kadang-kadang, cerita yang disampaikan terlalu kreatif hingga tidak terjangkau dek fikiran orang dewasa.

Wordless picture juga akan dapat melatih anak-anak untuk predict apa yang akan berlaku kemudian, kaitan antara cerita tersebut dengan kehidupan sebenar dan juga mungkin moral of the story jika ada.

Untuk anak yang sudah besar sedikit, wordless picture akan dapat inspire mereka untuk menulis. Bolehlah anak-anak praktis menulis karangan. Walaupun hasilnya mungkin mengarut bagi anak yang baru bermula, ia adalah satu permulaan yang baik!

Dari tips di atas, boleh la kot jika mama belikan komik. Adam rajin juga bercerita menggunakan komik. Kalau tidak pun, buku-buku yang simple macam ini juga mungkin membantu.

3 comments:

  1. Gambar dlm buku mmg buleh menarik minat anak utk membaca dan tumpukan perhatian mereka

    ReplyDelete
  2. lebih kurang macam wordless wednesday la yer...hehe

    ReplyDelete
  3. buku2 bergmbar ni ank2 mmg suke..

    ReplyDelete