Sumber Kalsium Untuk Anak

Susu penting untuk kesihatan. Kandungan utamanya - Kalsium! Penting untuk mencegah osteoporosis dan juga untuk kekuatan dan kepadatan tulang dan gigi.  Namun, bagaimana jika anak anda tidak lagi sukakan susu?

Selain daripada susu, sebenarnya ada banyak lagi sumber kalsium. Sumber kalsium yang tinggi boleh datang dari ikan bilis, brokoli ataupun makanan lain.  Banyak buah-buahan dan makanan laut yang tinggi kandungan kalsiumnya. Juga pelbagai kekacang yang boleh diberikan. 

Untuk Adam yang sudah refuse minum susu, juga tidak suka makan sayur dan buah, mama sogokkan dengan minuman berkultur dan juga yogurt. Antara favourite Adam adalah, Yakult. Dalam dua hari je dah habis satu pek. Nasib baik juga Adam menggemari tempe. Jadi, setiap minggu, mama pastikan stok yakult dan tempe tidak putus di rumah :)



3 comments:

  1. aiman skang dh pandai makan byk jenis sayur.yehaa..susu sesekali je mintak.hehe..

    ReplyDelete
  2. pandai aiman.... kecik2 dulu, adam suka makan sayur. tapi, entah kenapa, sekarang ni memilih sikit....

    ReplyDelete
  3. susu berkultur ni pun alisha suka minum...

    ReplyDelete