Pentingkah Tadika Mengikuti Silibus Kementerian Pelajaran

Adam telah berumur empat tahun. Empat tahun! Maknanya, sepatutnya mama hantarkan Adam ke tadika pada tahun depan. 

Setelah dilanda dilemma pada awal tahun aritu, setelah difikir-fikirkan, terasa tadika itu satu keperluan. Risau juga bila ada member yang mengatakan bahawa di sekolah anaknya ( darjah satu ), ada ujian membaca dan mengira dilakukan untuk pemilihan kelas anak-anak. Wah!!! Sampai ke tahap itu budak-budak zaman sekarang. 

Dulu mama ingatkan, tak masuk tadika pun tak apa. Sebab, Adam akan diajar semua yang diperlukan semasa darjah satu. Namun, jika ada ujian pelbagai, rasanya kasihan pula kepada anak. At least, some basic knowledge perlu diterapkan. 

Sebenarnya, masuk tahun 2012 ni, mama semakin malas. Tiada sesi read aloud dilakukan bersama Adam. Mengajar membaca pun dilakukan seminggu sekali. Yang banyak, adalah mengaler. Sebab, mengaler tu benda senang. Maaflah anak... mama perlu perbaiki mood mama.

Di dalam dilemma ini, mama survey la juga tadika-tadika yang berdekatan. Memang ada tadika yang mama suka, tapi, ada kekangan seperti kos yang terlalu tinggi, jarak yang agak jauh dari rumah atau pejabat, tiada halaman untuk kanak-kanak bermain, dan tidak mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan. Ada juga center yang mama rasa sangat menarik, namun, sukatan pelajarannya dibuat mengikut tema homeschool. Elokkah begitu?

Sayang juga dengan swimming class Adam jika berpindah....

4 comments:

  1. mmg darjah satu sepatutnya dah tahu membaca.sy baca dr blog kawan2 juga baru tahu yg darjah satu diadakan ujian.risau gak aiman tak dpt membaca.skang pun masih tak kenal semua huruf.sy pun dh malas mengajar abc, skang dok ajar iqra.harap2 tahun depan bila 6tahun dh boleh baca..

    ReplyDelete
  2. insya Allah aiman boleh membaca. 5 tahun kan sekarang. masih sempat. Adam pun, mama rasa nak enroll ke tadika tahun depan...

    ReplyDelete
  3. anak2 skrg ni da semakin bijak pandai..adam pn sama kan..insya Allah . chii rasa xde masalah bagi adam..cuma mcm mama kata tu..nak cari yg sesuai dan menepati ..tu yg agak sukar

    ReplyDelete
  4. haa tu la kn.. bila kita rs tmpat tu elok.. harga dia pulak mahal... eh, dah ada ujian ke skrg ni.. risau jugak kan..

    ank kwn saya kan... lahir awal sehari je dr alisha, tp dah pandai baca.. bahasa omputihla tapinya kan... tgk video ank dia, rasa mcm jeles je sbb olololoooo comel sungguh + bijak sungguh...

    tp tu la, dah kwn saya tu pun mmg pandai.... skrg ni pun tgh buat phd dkt universiti oxfoerd... kwn sy tu, sebaya saya... bestkan camtu... kepandaian tu menurun kt ank.. :-)

    ReplyDelete