Penjelasan Air Pasang


Dulu, masa bawa Adam ke pantai kan air masa itu sedang pasang. Belum explain lagi fenomena air pasang kepada Adam. Cuma masa buka-buka gambar lama, tetiba Adam tanya balik, " Mama, hari tu, kita pergi pantai air pasang kan? Danger mama... sebab air naik tinggi. Boleh ke kita tutup? ".

Heee.... faham tak? Maksudnya, jangan pasang, tapi tutup. Hahaha.... Nampaknya si kecil ini memerlukan penjelasan lanjut. Nampaknya, otak Adam sedang aktif berfikir. Kreatif dan logik juga pemikiran si kecil.

Mama jawab, " Mana ada paip nak tutup ". " Owhhh.... bukan macam paip ye mama ".

Owh.. maaf la anak. Mama nak explain sebenarnya, cuma mama belum study lagi. Memang la dulu-dulu mama belajar, tapi, mama sudah lupa details nya. Lagi pulak, nak dipermudahkan mengikut umur Adam.

Persoalan ini, mama tangguhkan jawapannya. Mama jawab yang mama akan cari jawapannya. Jangan malu nak mengaku depan anak yang kita tidak tahu =)

4 comments:

  1. nmpknya mama kne study balik lps tu xplain smula kat adam... adam xcited nk tahu tu.. ;-)

    ReplyDelete
  2. haaa..nampak nya byk perkara mama adam kena study blk ni..n kena get ready dgn soalan2 sains dari adam ya

    ReplyDelete
  3. ni sbb maknye kalau nk buka paip mesti sebut 'pasang air' kan? =)

    ReplyDelete
  4. hehe mmg kadang2 blur,kadang2 serba salah,kadang2 mmg tak tahu jawapan dengan pertanyaan anak..

    baru2 nie aiman tnya."Ibu..tuhan tu macam mana rupa?.tak pernah tengok pun..."

    ReplyDelete