Mendaftar Anak Ke Sekolah

Semalam bersembang dengan officemate. Al-kisahnya, dia bertanyakan pendaftaran darjah 1 Adam. Owh... Terkujat dan terkejut la mama. Mana taknya, tiap pagi, mama masih dokong Adam ke kereta. Walaupun hanya half way sahaja. Rupa-rupanya, dah nak masuk sekolah!

Adam akan masuk darjah satu pada 2015. So, daftar tahun depanlah kan? Yang mana pejam celik pejam celik akan sampai dengan pantas. Pening juga memikirkan ke sekolah mana nak dihantar Adam ni. Walaupun ada beberapa bulan lagi untuk berfikir, serabut juga lah bila teringatkannya. Maklumlah, kena fikir sekolah pagi atau petang, nak hantar ke sekolah agama lagi, nak transit di mana, pengangkutan ke sekolah dan macam-macam lah. Belum lagi isu keselamatan ketika dalam perjalanan. Masya Allah. Sesungguhnya Adam dah besar! Ingatkan boleh forever di nursery :)

Mama kenalah mula bertanya-tanya kepada orang sekeliling. Sekolah mana yang elok, dekat, dan soalan-soalan selanjutnya. Sekolah tiada masalah rasanya. Di kiri kanan banyak sekolah. Cuma nak cari yang dekat dengan sekolah agama dan juga untuk transit. Supaya dapat anak mama menumpang kasih bermandi-manda dan makan mengalas perut -- makan sampai kenyang ;)

Macam itu lah rupa-rupanya. Tidaklah forever Adam ke nursery berdekatan dengan office mama. Benda-benda kali pertama, memang mengujakan. Walaupun terasa mcm berserabut kepala, sebenarnya seronok juga. Ye la... Anak nak masuk darjah 1! Owh bukan, anak pertama, tunggal pulak tu akan masuk ke darjah 1. Macam ada celebration pulak.

--entry tidak kemas. Kerana masih lom sempat membaik pulih lappy ku itu

5 comments:

  1. Aiman tahun 2014.sy dah daftar darjah satu tempohari.pening juga memikirkan yg en suami kerja malam.klu sy duty malam kena bawak aiman g opis,dh la balik pukul7,ntah smpt ke tidak aiman nak kesekolah.skang tadika takpe la pegi lambat pun..

    rasanya kenalah bawak baju sekolah aiman n siap2 mandi kat opis.masa balik terus je hantar sekolah..:)

    ReplyDelete
  2. Wahhh,dah besar si Adam.Moga dia masuk skola yang baik akhlak pljrnya dan cemerlang :D

    ReplyDelete
  3. Adam dah nak masuk sekolah..wahh...cepat masa berlalu..

    ReplyDelete
  4. anak ema tahun depan darjah satu..tahun lepas dah daftar

    ReplyDelete
  5. 2015 adam dh drjah 1 ek... ololooo kejap je kn... lbh2 lg ank sorg, xsedar upenye dh besar :-)

    ReplyDelete