Ibu Muda Yang Rajin

Semalam di office, tiba-tiba mama terlihat dua buah buku tracing ABC di atas meja member. Anaknya telah masuk tadika. So, memang sibuk dengan homework la si ibu dan si anak. Mama cuba tanya-tanya. Apa yang si ibu buat setiap malam? Rupa-rupanya, gigih juga dia berusaha mengajar anaknya.

Dari apa yang diceritakan, si ibu ini mengambil masa yang pendek sahaja setiap malam. Dia berniat untuk mengajar dalam tempoh masa yang lebih lama, namun hasrat tidak kesampaian berikutan pelbagai alasan dan helah yang dibuat oleh anaknya. Tersenyum sahaja mama mendengar. Sama. Adam juga mama boleh ajar dalam satu dua perkataan sahaja sebelum pelbagai alasan diberikan. Hehehe.... Tapi, mama percaya, jika dibuat dengan konsisten, maka hasilnya akan dapat dilihat di dalam jangka masa panjang.

Bila melihatkan kesungguhan orang, terasa bahawa effort yang  telah dilakukan tidak seberapa. Hehehe...

7 comments:

  1. hehe aiman pun sama.byk je alasan.tambah2 klu ajar iqra.hari ni baca sok cuti.sabo jer la..:)

    ReplyDelete
  2. nampaknya kena keep going la..so nnt bila kita stop..dia yg akan bertanya balik.. " arini xde blaja ke mama ? ehehe..time tu..mama mesti tersnyum je kan :)

    ReplyDelete
  3. Apapun dugaan, semuanya bergantung pd iltizam dan usaha si ibu dan anak2.

    Tp bg mak, benda mcm ni..jngan ada paksaan. JANGAN rosakkan zaman keseronokkan kanak kanak anak kita. Tak ada apa yg perlu dikejarkan.

    ReplyDelete
  4. budak-budak tak boleh kita paksa sangat....

    ReplyDelete
  5. ikut je rentak dorang.. budak2 mmg camtu :)

    ReplyDelete
  6. biasalah kan budak2... tp insyaAllah.. walupun sekejap tp ianya berkualiti.. :-)

    ReplyDelete
  7. budak2...byk jer alasan kan...hehe

    ReplyDelete