Bagaimana Memilih Buku Untuk Anak



Pasti ramai parents di luar sana yang suka membelikan buku untuk anak-anak. Ye la, membeli buku kan satu pelaburan yang baik. Cuma, selalunya kadang-kadang kita terbeli buku yang mungkin memang tidak menarik minat anak untuk membelek-belek. 


Mama, kalau mencari buku untuk Adam, perlukan masa juga. Tak boleh main rembat saja. Itupun, kadang-kadang salah pilih juga. Mama kongsikan tips yang mama jumpa entah di mana.


Tanya soalan-soalan di bawah semasa memilih buku untuk anak ( anak kecil ye, anak yang dah besar boleh pilih sendiri ) :
  1. Adakah anak anda akan suka buku tu?
  2. Anda suka illustration buku tu? Kalau anda suka, bayangkan anak anda. Suka?
  3. Sesuaikah jika anda bacakan buku tu kepada anak anda?
  4. Adakah anda nak bacakan buku tu berkali-kali?
Owh, nak beli buku pun ada strategi juga rupanya. Tapi betul. Untuk anak kecil, memang gambar yang berwarna-warni dan cantik akan menarik minat mereka. Jika ada tulisan, make sure tulisan tu cukup besar. Ketebalan pun perlu dititikberatkan juga. Budak-budak sebaya Adam ni, mama rasa sesuai dengan buku-buku yang nipis. Tapi, jika fokus anak lebih baik, boleh la di tebalkan sedikit bahan bacaannya. Al maklum sahajalah, takkan anak kecil nak membaca buku yang boring. Mati minat terhadap buku. Mama rasa, jika beli komik pun tak salah, cuma, sesekali selitkan nasihat apabila anak minta bacakan komik tersebut. " Kalau pandai baca kan senang. Seronok baca sendiri! ". Hehehe... lom ada kesan lagi psikologi mama ni, tapi, lama-lama, mama rasa akan terlekat juga di sanubari Adam :)

Seeloknya, bawa lah anak untuk memilih sendiri buku mereka. Mama bawa Adam juga untuk pilih buku. Walaupun Adam hanya pilih komik pada akhirnya, at least anak terdedah dengan suasana di kelilingi buku. Ada lah pengalaman memilih buku walaupun bukan di library :)

Untuk anak kecil, sesuailah jika kita membelikan buku dengan mesej-mesej yang ringkas. Maksudnya yang ada moral story. Bukan apa, mudah untuk menasihatkan anak kemudian hari. Contohnya, macam buku Tom Tiger ini.

Sebenarnya, mama suka juga dengan buku-buku cerita terbitan Pelangi. Nipis sahaja bukunya. Tulisan besar, gambar berwarna-warni menarik. Moral pun ada. Walaupun harganya murah ( dalam RM3.90 - RM5.90 ), tapi, rasanya amat berbaloi. Dalam satu-satu siri tu, jika dibaca, akan dapat enrich kan vocab anak. Harap-harap dapat memupuk minat suka membaca dari awal.

3 comments:

  1. sy selalu beikan aiman buku terbitan ladybug.murah dan berbaloi..

    ReplyDelete
  2. sy mmg sk beli buku utk alisha yg berwarna warni n ceria.. sbb saya sk tgk bulu camtu.. so, sy rs mesti alisha pun sk..hihii

    ReplyDelete
  3. ehem..takpe belikan komik yg dia suka..asalkan dpt tanamkan minat membaca dari skrg..

    ReplyDelete