Anak Tiada Selera Makan

Mama perlukan petua la jika anak kurang selera makan. Adam makan ikut mood. Selalunya makan sangat sedikit, jarang-jarang makan banyak. Tak kira sama ada makan di rumah atau makan di kedai. Jika mood untuk makan banyak datang, memang banyaklah. 

Kalau dulu-dulu, ada la menu yang memang akan membuka selera makan Adam. Tapi sekarang, rasanya tiada lagi menu seperti itu. Jika makan beramai-ramai, selera terbuka. Jika tidak, asyik bermain sahaja.

Mama rasa tiada masalah dengan menu. Juga tiada masalah dengan supplemen. Adam makan vitamin ini setiap malam. Sesekali, mama berikan madu ini.


Di school pula, mama bekalkan scott emultion untuk dimakan setiap pagi. School juga membekalkan multivitamin untuk anak-anak.

Ini menu breakfast kami pagi tadi. Nasi goreng, donut  ( licin dah ) dan roti chocolate ( doh donut yang mama bubuh inti coklat ). Mama dan papa makan bertambah. Adam berjaya habiskan setengah ketul donut. Itupun, jenuh mama nak suapkan. Hai... makin kuruslah anak manja mama macam ni.



Sekejap lagi, boleh try pujuk makan roti dengan nutella pulak.

8 comments:

  1. http://wanwidget.com/
    nmpk sedap jer nasi goreng tuh, hehehe, risau juga jika anak makan kurang

    ReplyDelete
  2. jangankan adam..anak sedara chii pun alami masalah yg sama..nk kena paksa mkn..pastu kalau nak ajak mkn..kena beramai2..baru dia rasa seronok

    ReplyDelete
  3. alhaiiii nasi goreng tu menggoda betoi la.. dah la blm mkn lg nih... ni yg nak g cr mkanan kat dapur ni..hihii

    ReplyDelete
  4. anak sy yang kecik pun kurang makan mama, tapi ye lah ...sebab sy jaga dia hari2 , walopun sikit .. asalkan sambil2 tu sy suap dia makan juga , cuma anak sy tu peel , jangan bagi susu dulu .. bagi makan baru bg susu , kalau bg susu dulu dia tk nak makan dah ..

    ReplyDelete
  5. kadang2 sampai pening nk masak apa... sudahnya, masak ajelah....

    ReplyDelete
  6. arghh nampak nasi goreng sedaP lak he3 :)

    ReplyDelete
  7. faham sgt dengan perasaan mama adam sbb dulu aiman alami perkara yg sama.tak nak makan.bila makan muntah2..vitamin semua bg pun macam tu gak..smp sy naik risau..

    pd sy selagi adam mahu makan oklah walau sedikit janji makan.anak nie bukan boleh ditegur dgt tak nak makan la apalah..

    macam aiman dulu tak makan sy risau,skang dh byk makan pun risau plak dengan jumlahnya tu.hehe..

    ReplyDelete
  8. anak sy pon dulu pernah xde selera makan...sembelit..sering selesema..skang dh boleh bernafas la sbb sejak sy bgi mealshakes dr shaklee..semua masalah2 tu dh ilang..skang mlm pon mintak nasi...jarang sakit..klo selesema pon..2atau 3 ari dh ilang..kalo nak tahu lanjut mengenai produk ni boleh la email ke affa_mie@yahoo.com.sg

    ReplyDelete