Aktiviti Mengayam Tikar


Mama tidak pasti jika aktiviti ini dipanggil mengayam tikar atau mengayam kertas. Yang pastinya, mama mencuba melakukan aktiviti yang mama rasa akan menarik minat Adam.

Pada awalnya, Adam kelihatan sangat berminat. Kemudiannya, minat mula memudar dan akhirnya padam. Huuu... adakah pilihan kertas tidak menarik? Atau bosan sebab buat sorang-sorang? Tapi, Adam tidak berseorangan! Mama sentiasa ada untuk membantu.

Resepi mudah : hanya perlukan kertas warna-warni, gunting, pembaris, pensel dan gam. 

Barisan pertama dan kedua adalah contoh yang mama buat untuk Adam. Yang ketiga tu, hasil tangan Adam. Sempat satu baris sahaja sebelum anak mama menjadi bosan. Sama ada ini adalah aktiviti yang terlalu susah atau terlalu membosankan.

Insya Allah, mama akan try lagi di masa yang lain :)

5 comments:

  1. hehehe...adam x minat sgt anyam2 kot :p

    ReplyDelete
  2. tak sesuai dengan umur kot mama , kalau anak saya yg 8 tahun suak anyam , anak yang 5 tahun pun tk suka aktiviti ni

    ReplyDelete
  3. Adam kureng suka kerja2 seni gini kot..tak pun sbb warnanya kurang ceria

    ReplyDelete
  4. tingat zaman sekolah2 tu.. nilah aktiviti yg cikgu seni suruh buat..hihii

    ReplyDelete