Weekend Bagi Adam


Apa yang dibuat di hujung minggu? Rasanya, sejak dari dulu lagi, jaranglah kami berada di rumah di kala weekend. Jika bukan sehari suntuk keluar berjalan-jalan, setidak-tidaknya keluar petang untuk kembali menghadapi weekdays yang sibuk kemudiannya.

Bagi mama dan papa, weekend sememangnya kami ingin berehat. Namun, rasanya tidak adil untuk Adam jika hanya terperuk di rumah. Isnin hingga Jumaat Adam hanya menghabiskan masa di nursery. Jadi, weekends memang dimanfaatkan sepenuhnya untuk membawa Adam berjalan-jalan. 

So, apa yang kami buat?

  • Jalan-jalan di tasik
    • Aktiviti ini sangat menyeronokkan. Bangun awal pagi dan exercise di tasik. Keluar peluh sedikit, terus ke kedai untuk breakfast. Selesai aktiviti untuk pagi.
  • Melawat Zoo
    • Ini juga aktiviti pagi hari. Tapi, meleret sampai ke petang la. Destinasi wajib jika tiada destinasi lain yang ingin di tuju.
  • Menonton wayang
    • Yang ini, aktiviti petang. Bosan-bosan, jika ada cerita yang bagus, menonton la jawabnya.
  • Jalan-jalan di shopping complex
    • Yang ini adalah kebiasaannya. Bawa Adam ke theme park sambil-sambil mama dan papa mencuci mata. Dapatlah juga menghabiskan masa dengan berkualiti dengan Adam. Kemudian Adam akan pujuk ke kedai cd, kedai buku, kedai permainan.
  • Sesekali kami bawa juga Adam ke Aquaria dan beberapa tempat di sekitar KL. Teringin juga nak berjalan-jalan ke Taman Burung, Taman Rama-Rama, dan banyak tempat lagi di sekitar KL, cuma kekadang masa agak terhad.
Entah mana lagi nak bawa Adam. Sekarang musim hujan. Jadi, pilihan tempat untuk aktiviti outdoor adalah terhad. Kalau tidak, bosan-bosan, ke tasik sudah cukup menggembirakan Adam. Jadi, ke shopping complex yang sememangnya banyak di KL la jawapannya....

9 comments:

  1. biasanya ujung minggu kami akn g jejalan dekat shopping complex.. or mana2 je yg boleh bwk alisha jejalan..

    ReplyDelete
  2. biasanya weekend Aiman akan pergi sekolah sbb kdh kan sekolah ahad.hehe..

    sebenarnya sy kerja shift,weekend pun kerja. en suami plak keje ptg bawak ke malam, sbtu ahad mmg hari kerja.so waktu spend time dengan Aiman tak kira weekend. Asal ada je terjah shopping complex,bawak g playground, balik kmpg n so on..

    ReplyDelete
  3. betul tu mama. Kesiankan anak yg 5 ari terperuk kat umah...tu psl asal je wiken, kita kena bwk anak2 kuar umah. Tak kisah la pi memana pun..jln2 kat taman pun dah okey..janji, anak tu tgk dunia luar..

    ReplyDelete
  4. baguznya..ambik angin
    aquaria tuh leh letak tapak slmn kat tapak tgn.best.sejuk je

    ReplyDelete
  5. salam mama Adam. Banyaknya masa lapang weekend Adam, kami agak terhad. maklum lah anak2 dah start tusyen, jadual tak serentak pulak tu, aktiviti sekolah etc. paling simple kami balik kampung (hihi..kg kat PJ je pun..)

    Nak jawab soalan Mama Adam kat dapuraulad tu: vitamin semulajadi tak perlukan silica gel. boleh gali2 baca cara mcmana nak bezakan vitamin sintetik dgn vitamin semulajadi. vitamin semulajadi lebih hampir dgn makanan kita, selamat dan tanpa kesan sampingan. Terima kasih sudi bertanya!

    ReplyDelete
  6. jom pergi cameron highland bawak adam...papa mifz & family this coming monday ke sana merehatkan badan...:)

    ReplyDelete
  7. Jenjalan tepi Tasik seronok kan...nak-nak pulak ngan anak-anak..alahai...rasa bahagianya hidup..:)

    ReplyDelete
  8. Bestkan kalau ada masa terluang dgn anak2.. Akak ni cuti sekolah pun masih bekerja.. Walau tak ke sekolah, kerja tetap bawa ke rumah.. Anak2 ada yg exam thn ni.. Jadi, tak ke mana2 lah nampaknya..

    Oh ye.. Dah follow sini.. jom tukar link

    ReplyDelete
  9. chii x de anak..tp anak sedara ada ramai gak..tp skrg ni yg di hati..ada 2 org..ptg2..pas balik keje..chii amik dorang...pastu bawa jalan2 naik moto keliling kampng..mama ngan papa dia bz.....ehehe..

    ReplyDelete