Sumber Kalsium

Usaha untuk menghentikan tabiat menghisap botol susu telah berjaya. Bukanlah kronik sebenarnya, Adam cuma akan meminta botol susu di waktu malam sebelum tidur dan juga di hujung minggu semasa berada di rumah. Mama memang tidak suka jika Adam masih berbotol. Sangat-sangat berharap Adam melupakan botol susunya.

Akhirnya, sejak seminggu ini, Adam tidak lagi menghisap botol susu. Tapi, malangnya, dengan melupakan botol susu, susu pun Adam tak minum! Kerana bagi Adam, susu kena minum menggunakan botol susu.

Sepanjang hidup Adam, rasanya adalah 4 - 5 kali sahaja Adam minum milo bancuh. Selainnya adalah milo kotak yang sangat manis. Kandungan gula agak tinggi juga. Jika diamalkan setiap hari ( 2 kotak sehari Adam minum ), bimbang penyakit lain pula yang menimpa. Sudah lah coklat dan pelbagai makanan manis yang lain memang menjadi santapan setiap hari. 

Jadi, ini solution temporary. Mama beri Adam susu di dalam botol di waktu luar sedar. Ngam-ngam sebelum Adam bangun untuk ke nursery. Dapatlah 4 auns sehari. Botol pun comel aje :)

Mama beri juga calsium tablet kepada Adam. Risau jika berlaku kekurangan kalsium dan lain-lain zat. Adam selalunya makan sedikit sahaja. 

Anak berusia 6 tahun dan ke atas dah boleh bagi ostematrix Shaklee. Nak tau apa itu ostematrix Shaklee? Supplement kalsium yang superb dengan vitamin D, magnesium, mangan, kuprum dan zink. Bukan sekadar kalsium. Info lanjut, klik sini.

Untuk mendapatkannya, contact seperti di bawah.


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

8 comments:

  1. anak dah berumur 6 tahun n sy still menyusu dlm botol susu smpai skang.. huhu... mcm2 cara dah buat... dah mati kutu dah rasa...

    ReplyDelete
  2. aik akak dh xguna pop window comment ek?

    cuba ckp elok minum gna cawan..straw dulu ke..slow motion

    ReplyDelete
  3. anak ema baru juga lepas berhenti minum susu terus

    ReplyDelete
  4. adam sama macam aiman.minum susu dlm botol smp umo 4tahun.bila stopdengan susu sekali stop.aiman dr kecik akan isap susu dari botol,klu air lain mmg dlm cawan..

    skang dh lama benti botol,tp susu dia tak suka sgt minum smp skang klu buat pun dia tak nak..sekali seminggu pun ssh..

    ReplyDelete
  5. hihi comel botol adam =)

    anak buah sy fobia minum susu.bru 2 tahun dh stop minum =(

    ReplyDelete
  6. ehem adam tetap comil dgn botol susunya..percaya tak ank mama darjah 4 baru berhenti menyusu..balik dr sekolah mesti ambil botol susu & buat sendiri..he2x..rasanya tak jadi masalah kalau tidak berhenti menyusu dgn botol..

    ReplyDelete
  7. alisha ni sy bg mkn calciyum..hihii.. risau gak takut tak cukup kalsium...

    ReplyDelete
  8. Botol susu adam memang kecik comel. Dari dulu x pernah beli botol besar. Saya suka kalo adam hisap terus hbis. Kalo x cukup, saya buat yang lain

    ReplyDelete